DIY & Kraf

Tips Jadikan Pokok Bunga Kertas Anda Berbunga Meriah, Baru Tahu Kena Siram Macam Ini..

33
SHARES
pokok bunga kertas

Buat anda yang merupakan peminat aktiviti bercucuk tanam, sudah pasti tidak akan ketinggalan untuk mempunyai tanaman satu jenis pokok berbunga ini. Ya, pokok berbunga tersebut adalah pokok bunga kertas atau Bougainvillea. Dikatakan merupakan salah satu jenis tumbuhan yang tidak sukar untuk dijaga terutamanya pada musim panas, tidak hairanlah pokok ini selalu berbunga sampai merimbun!

Namun, ada juga dalam kalangan kita yang sudah cuba menanam pokok bunga kertas ini tapi yang terlebih suburnya adalah daun dan tidak mengeluarkan sebarang bunga. Jadi, macam mana nak jadikan pokok bunga kertas anda semua berbunga lebat?

Baca juga: Cara Tanam Kangkung Dengan Ekspres, Dalam 10-14 Hari Boleh Petik Buat Goreng Belacan!

CARA TANAM POKOK BUNGA KERTAS SUPAYA BERBUNGA LEBAT

pokok bunga kertas

Pokok Bunga Kertas Sireh Junjung.

Salah satu jenis pokok bunga kertas yang cantik dan jarang orang tahu adalah Bunga Kertas Sireh Junjung. Bunga kertas sireh junjung ini sangat cantik apabila dijadikan pokok hiasan bagi tujuan landskap. Oleh itu, terdapat 6 tip untuk menjadikan bunga kertas tuan puan berbunga lebat iaitu:

1. Pastikan pokok bunga kertas ditanam secara terus di atas tanah.

2. Antara jenis medium tanah yang terbaik adalah sedikit berpasir dan tidak menakungkan air terlalu lama.

3. Ini penting iaitu pastikan tanaman sentiasa mendapat sinaran cahaya matahari secara langsung sepanjang hari.

4. Sudah pasti pokok perlukan baja bukan? Pastikan anda lakukan pembajaan dengan menggunakan baja kimia.

5. Jangan malas, pastikan anda sentiasa melakukan pemangkasan ranting-ranting iaitu 60 cm dari batang pokok.

6. Buat penyiraman pokok selama 2 hari sekali. Ada juga yang berkongsi tip, agar siraman untuk bunga kertas dilakukan ketika matahari panas terik.

pokok bunga kertas

*Cantiknya bila pokok berbunga rimbun sampai tak nampak batang bukan?

Baca juga: Teknik Tanam Taugeh Di Rumah Guna Bekas Plastik, Lepas 4 Hari Dah Boleh Tuai & Makan!

Sumber: Qaseh Humayraa, Mazura Mahadzan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×