DIY & Kraf

Cara Tanam Kangkung Dengan Ekspres, Dalam 10-14 Hari Boleh Petik Buat Goreng Belacan!

8
SHARES
cara tanam kangkung

Buat anda yang suka bercucuk tanam, salah satu pokok atau sayur yang wajib ditanam adalah sayur kangkung. Bukan sahaja mudah untuk hidup dan boleh dipetik dalam masa sebulan, ada cara tanam kangkung yang lagi cepat iaitu boleh diambil selepas 10 ke 14 hari!

Berikut merupakan perkongsian cara tanam kangkung di rumah menggunakan kaedah ekspres. Memang sesuai untuk anda yang baru berjinak dalam dunia bercucuk tanam dan boleh petik masak kangkung goreng belacan dengan cepat.

Baca juga: Bantal Kuning & Berpeta Jangan Dibuang, Boleh DIY Cucian Supaya Kembali Putih Bersih!

CARA TANAM KANGKUNG, 14 HARI DAH BOLEH PETIK

cara tanam kangkung

Petang semalam, ajak anak-anak pakat tanam kangkung di tepi rumah. Kali ni kita tanam cara yang cepat berhasil. 2 minggu dah boleh tuai. Caranya sangat mudah dan simple seperti berikut:

1.Biji kangkung tu semai dulu dalam tray semaian. Lebih kurang 10 biji satu lubang tray.

2.Bila dah usia 8-10 hari, baru pindah ke atas tanah. Jaraknya main agak-agak je. Lebih kurang 4-6 inci antara perdu. Sayang tak dapat nak letak sungkupan terus sebab stok daun buluh habis. Esok lusa kita adjust cari daun buluh ya.

3.Syok tanam cara ni, boleh pendekkan tempoh pokok berada dalam petak tanaman. 10-14 hari dah sedia untuk dibuat kangkung goreng belacan.

4.Dia punya susunan pun nampak cantik kan. Sejuk je mata bila memandang. Dengan cara ini, kita dapat 3 kelebihan nanti:

-Pendekkan tempoh pokok berada di tapak tanaman
– Kekerapan bertanam meningkat
– Pengurusan rumpai jadi mudah

cara tanam kangkung

*Cubalah..InsyaAllah seronok dan puas hati.

Baca juga: Tips Paling Menjadi Tanam Daun Sup Hidup Subur Sampai 2 Tahun, Tak Payah Dah Beli Sikit-Sikit

Sumber: Azuan Abdullah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×