DIY & Kraf

Bantal Kuning & Berpeta Jangan Dibuang, Boleh DIY Cucian Supaya Kembali Putih Bersih!

8
SHARES
cara cuci bantal

Kalau anda perhatikan, setiap kali menukar sarung bantal yang digunakan untuk tidur pasti akan mempunyai tompokan peta serta bertukar warna kuning pada bantal tersebut. Walaupun masih baru beberapa bulan digunakan, bantal yang kekuningan ini kelihatan seperti telah digunakan bertahun-tahun. Rupanya, ada cara cuci bantal ini dan anda tidak perlu beli bantal baharu.

Bagaimana cara nak cuci bantal yang sudah kuning tersebut? Jangan risau, bahan-bahan yang digunakan pun tidak susah untuk didapati. Jom kita cuba!

Baca juga: Cara Cuci Tilam Paling Senang Abad Ini, Hanya Gosok-Gosok Tak Payah Angkat & Jemur!

CARA CUCI BANTAL KUNING JADI PUTIH SEMULA

cara cuci bantal

Foto: Mstar

Berikut merupakan cara untuk membersihkan bantal kuning anda dan menjadikannya putih bersih semula.

Bahan-bahan:

-1 cawan detergen pakaian
-1 cawan serbuk pencuci pinggan mangkuk
-1 cawan cuka putih
-1 cawan baking soda
-Bekas berisi air panas

Cara-caranya:

1.Campurkan detergen pakaian, sabun basuh pinggan mangkuk, cuka putih dan soda penaik dalam air panas.

2.Kacau rata untuk melarutkan bahan.

3.Rendam bantal anda dalam campuran ini selama sejam.

4.Selepas direndam, basuh bantal dalam kitaran mesin biasa.

5.Kaedah semula jadi ini membantu mengekalkan kebersihan, mengurangkan risiko kesihatan, dan memastikan bantal anda kelihatan putih seperti salji.

cara cuci bantal

Foto: sherralinen

*Membersihkan bantal secara berkala, sebaik-baiknya setiap enam bulan, disyorkan untuk faedah kebersihan dan kesihatan yang optimum. Tak perlu selalu kena beli bantal baharu kan?

Baca juga: 13 Tahun Kerja Kedai Emas, Wanita Ini ‘Bocor’ Rahsia Cara Cuci Barang Kemas Macam Di Kedai!

Sumber: Jono Foods Culinary

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×