Jika ada satu benda yang kita wajib gunakan setiap hari, itu adalah tuala mandi. Sama ada tuala muka atau tuala badan, kita mesti mengakui bahawa penggunaannya yang berulang boleh menimbulkan sedikit bau, tidak bersih, keras dan mungkin tidak menyerap air seperti sebelumnya.
Oleh itu ada cara cucian tuala mandi yang lebih ‘ekstra’ dari biasa untuk anda menghilangkan segala kotoran dan menjadikan ia lembut terutama sekali tuala berwarna putih. Mari kita tengok, apakah bahan yang digunakan.
Baca juga: Rupanya Fungsi Touch N Go Pada MyKad Anda Ada Tarikh Luput, Ini Cara Untuk ‘Renew’
CARA CUCI TUALA MANDI SUPAYA PUTIH DAN GEBU!
Anda mungkin tertanya-tanya tentang tompokan yang terkumpul pada tuala walaupun selepas dicuci bukan? Ini mungkin terdapat timbunan detergen, timbunan minyak badan, kotoran, bau, timbunan produk dobi lain dan sebagainya. Ini mengakibatkan tuala rata, tidak menyerap dan kaku. Apa anda kena buat adalah:
1.Isi mesin basuh anda kira-kira ½ – ¾ penuh dengan tuala.
2.Tetapkan suhu air kepada panas dan basuh pada kitaran yang disyorkan untuk tuala.
3.Tuangkan satu cawan cuka putih ke dalam dispenser pelembut kain anda dan satu cawan soda penaik terus ke dalam mesin dan jalankan kitaran basuh.
4.Jalankan mereka melalui kitaran dalam pengering pada tetapan yang disyorkan oleh pengeluar tuala. Anda juga boleh menggunakan bola tenis atau bola bulu untuk mengembang tuala atau hanya mengeringkannya di bawah sinar matahari.
Anda boleh lihat perbezaan tuala sebelum dibasuh dan selepas dibasuh menjadi lebih putih, bersih dan lembut.
*Kalau masih tak puas hati dengan tahap kebersihan tuala, anda boleh basuh kali kedua menggunakan kaedah yang sama seperti di atas supaya tuala betul-betul bersih dan putih!
Baca juga: Tips Untuk Pokok Daun Kari Tumbuh Merimbun Guna Beras, Daun Pun Hijau Gemuk-Gemuk!
Sumber: The Little Shine