DIY & Kraf

Senang Sangat Nak DIY Tisu Basah Untuk Lap Dapur & Bersihkan Rumah, Jimat Belanja!

2
SHARES
tisu basah

Setiap kali keluar membeli barangan keperluan rumah, pasti anda tidak ketinggalan untuk menambah stok tisu basah atau wet tissue/wipes. Bukan sahaja tisu basah ini ada yang dibuat khas untuk bayi, malah tisu basah juga digunakan untuk tujuan pembersihan dapur dan perabot.

Tapi, perasan atau tidak bahawa penggunaan tisu basah secara kerap ini membuatkan anda terpaksa menambah stok pembelian tisu basah dengan kerap. Buat anda yang ingin mengurangkan bajet belanja barangan rumah, sebenarnya boleh sahaja DIY tisu basah dengan mudah. Jom kita tengok bagaimanakah caranya.

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

DIY TISU BASAH UNTUK KEGUNAAN RUMAH, LAGI JIMAT!

tisu basah

Foto: TODAY

Bahan yang diperlukan:

-1 gulung tisu dapur
-Bekas untuk letak tisu basah
-1/2 cawan air
-1/2 cawan cuka putih
-Beberapa titis minyak essensial (boleh cuba lavender, tea tree dan sebagainya)

Cara-caranya: 

1. Potong tisu dapur kepada dua bahagian. Pastikan anda menggunakan pisau yang tajam supaya potongan jadi kemas.

2. Kemudian, campurkan air, cuka dan juga minyak essensial. Kacau rata.

3. Masukkan tisu dapur dalam bekas lalu tuangkan campuran cecair tadi pada tisu basah dengan rata. Biarkan ia menyerap semalaman.

4. Pada keesokan hari, keluarkan kertas bahagian tengah tisu tersebut dan sedia untuk digunakan!

tisu basah

Foto: TODAY

*Senang bukan? Anda boleh gunakan untuk mengelap tumpahan, membersihkan meja dan sebagainya.

Baca juga: Tips Jadikan Pokok Bunga Kertas Anda Berbunga Meriah, Baru Tahu Kena Siram Macam Ini..

Sumber: TODAY.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×