DIY & Kraf

Cara Paling Mudah Hilangkan Kesan Kuning Pada Kasut, Hanya Guna Tisu Dapur!

276
SHARES
cuci kasut

Perasan atau tidak, setiap kali nak cuci kasut anda yang sudah lama tidak dipakai mesti akan ternampak kesan-kesan kuning walaupun kasut tersebut disimpan dengan elok. Selepas cuci pun, masih juga kelihatan sama malah kesan kekuningan tersebut makin kelihatan terutamanya pada kasut putih.

Untuk anda yang tidak mahu menghantar kasut untuk dicuci di kedai luar kerana berjimat, ada cara yang anda ramai dalam kalangan kita akan terkejut dan tidak menyangka bahawa dapat ‘menghapuskan’ kesan kuning pada kasut itu. Caranya adalah dengan menggunakan tisu!

Baca juga: DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

CARA CUCI KASUT SUPAYA HILANG KESAN KUNING-KUNING

cuci kasut

Nak tanya kalau kasut time proses keringkan ada keluar kuning-kuning, macam mana ya nak hilangkan?

Caranya mudah sangat hanya menggunakan tisu tandas atau tisu dapur. Mesti ramai yang tak sangka bahawa teknik ini menjadi bukan? Jom kita cuba.

1. Sediakan tisu dapur atau tisu tandas.

2. Selepas mencuci kasut dengan bersih, lapiskan keseluruhan kasut yang masih basah menggunakan tisu tadi.

3.Jika anda menggunakan tisu tandas, boleh buat 2 lapisan. Biarkan tisu melekat pada kasut basah tadi.

4. Kemudian boleh jemur di bawah cahaya matahari untuk biarkan kasut mengering.

5. Selepas kasut kering, angkat tisu tersebut dan anda akan dapati kotoran kuning akan melekat pada tisu bukan pada kasut. Terus warna asal kasut kembali dan kasut kelihatan seperti baharu!

cuci kasut

*Menarik bukan tips yang dikongsikan? Semoga menjadi!

Video penuh:

@vtmj06 How to remove yellow stains from white shoes‼️ #shoehack #cleaningwhiteshoes #SuperlativeSmiles #Teleport #stepintolove #ScienceFair #LittleVoice ♬ CRAFT – OFEKNIV

Baca juga: Cara Buat Cop Digital Secara Online Dan Percuma Guna Microsoft Word Je

Sumber: Ease Elias, Tiktok @vtmj06

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×