DIY & Kraf

DIY Racun Serangga/Spray Serbaguna Di Rumah, Sekali ‘Sembur’ Dah Mati!

739
SHARES
racun serangga

Membeli racun serangga setiap kali keluar menambah stok barang keperluan di rumah menjadi kewajipan, tambah pula makin banyak serangga yang ‘berkampung’ di dalam rumah. Namun, harga racun serangga ini boleh tahan mahal dan menyebabkan pembelian pun terbantut.

Jangan risau kalau serangga akan kembali berleluasa di dalam rumah kerana anda boleh DIY sahaja racun serangga sekaligus menjadi spray serbaguna yang boleh membunuh pelbagai jenis serangga. Bahan-bahan yang digunakan pun mudah sahaja!

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

DIY RACUN SERANGGA, BOLEH JADI SPRAY SERBAGUNA

racun serangga

-¼ cawan cuka putih

-1¼ cawan air paip

-1-2 sudu makan sabun pencuci pinggan

-Campurkan semua bahan, masukkan dalam botol spray.

– Bancuhan ni sebenarnya tak ada sukatan yang tetap pun, tapi kalau cuka terlebih, cat dinding/perabot anda mungkin akan rosak, kalau terlalu cair pulak tak berkesan dan kalau terlebih sabun licin sangat bila dah kering.

– Yang saya buat ni 1 bahagian cuka : 5 bahagian air. Sabun dalam 25%-30% dari jumlah cuka.

– Kalau guna sabun mandi (syampu badan) lebih wangi tapi xberapa berkesan untuk tanggalkan kesan minyak.

Kegunaan :

1. Sebagai penghalau serangga. Larutan ni bukan je membunuh nyamuk, lalat & semut. Tapi cuka tu hilangkan bahan kimia yg dihasilkan semut tadi. (semut akan buat jalan lain, tapi kena spray dengan kerap).

2. Membersihkan sisa makanan tumpah. Cuka boleh hilangkan bau ‘manis’ gula, gabungan cuka & sabun pulak menanggalkan minyak. Kalau si kecik ni tumpahkan air manis, lepas bersihkan dengan air supaya tak lekit, saya guna spray ni je. Senang kerja

3. Boleh juga dijadikan pencuci dapur lepas memasak tu. Dah tak payah beli mahal-mahal la lepas ni.

4. Bersihkan kulat/kulapuk pada dinding/perabot. Spray & lap je (boleh tambah cuka kalau kulat tebal sangat).

5. Spray secara konsisten untuk hapuskan rumput liar di halaman rumah (untuk kesan yang lebih cepat, tambah sukatan cuka ½ cawan lagi. Kalau pekat sangat bukan setakat rumput, tanaman pun boleh mati kalau terkena)

6. Boleh juga digunakan untuk mop lantai. Boleh cairkan lagi dengan tambah 5 lagi bahagian air. Boleh tambah pencuci lantai kalau nak wangi. Gandakan sukatan untuk kuantiti yang banyak dan gunakan air panas untuk lebih efektif.

racun serangga

Update:

*Untuk kurangkan bau masam, biasanya spray ni saya tambah essential oil. Bagi yang tak ada essential oils, boleh tambah sebatang kayu manis ke dalam bancuhan cuka. Bau wangi kayu manis ni akan melarut dalam beberapa jam.

Baca juga: Cara Paling Berkesan Halau Lipan ‘Berkampung’ Dalam Bilik Air, Sekali Buat Dah Lari!

Sumber: Yatie Eimra

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×