DIY & Kraf

DIY Pewangi Anti-Kulat Almari Hanya Guna 3 Bahan Rumah, Kulat Hilang & Baju Pun Harum!

48
SHARES
cara hilangkan kulat almari

Kalau anda perhatikan keadaan almari pakaian di rumah yang sudah lama digunakan, pasti akan timbul kulat di bahagian dinding almari. Ini yang menjadikan almari sedikit berbau dan pakaian pun akan turut sama berbau masam. Bagaimana cara hilangkan kulat almari ini dengan berkesan?

Rupa-rupanya ada cara yang tidak menelan belanja yang tinggi dikongsikan dari Facebook Bezerra, dengan hanya menggunakan garam dan pelembut pakaian. Bukan sahaja jadi agen anti-kulat malah almari pakaian serta bilik boleh berbau wangi!

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

CARA HILANGKAN KULAT ALMARI DENGAN DIY PEWANGI ANTI-KULAT

cara hilangkan kulat almari

Bahan-bahan:

-Satu bekas kecil bersama penutup

-Garam kasar

-Cecair pelembut pakaian

Cara-caranya: 

1. Sediakan satu bekas kecil bersama penutup.

2.Kemudian anda kena buat lubang pada penutup bekas tersebut. Caranya dengan cucuk garfu yang dipanaskan untuk membuat lubang atas bekas plastik. Buat sebanyak yang boleh lubang pada penutup.

3. Kemudian sediakan garam kasar. Masukkan 2 sudu besar garam dalam bekas kecil tadi.

4. Seterusnya, tuang cecair pelembut pakaian dalam bekas yang sama.

5. Ambil sudu dan gaul, pastikan tekstur bancuhan seakan-akan pes yang pekat. Tidak terlalu kering dan tidak terlalu lembap.

6.Tutup bekas kecil tadi dan letak dalam almari di sudut yang sesuai ikut kepada keadaan almari atau kawasan rumah yang berkulat.

-Ia boleh jadi bahan anti-kulat dan juga pewangi. Fungsi garam kasar akan menyerap lembapan manakala pelembut pakaian akan memberi bau yang harum.

cara hilangkan kulat almari

*Rumah anda akan berbau wangi seakan-akan bau di lobi hotel. Kos pun rendah. Selamat mencuba!

Video penuh:

Baca juga: Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah Kalau Tak Ada ‘Hood’, Guna Wap 4 Bahan Ini

Sumber: Bezerra Good Tips

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×