Dapur

Cara Hilangkan Bau Masakan Dalam Rumah Kalau Tak Ada ‘Hood’, Guna Wap 4 Bahan Ini

21
SHARES
kelebihan lemon

Setiap kali selesai memasak, pasti satu rumah akan bau tumisan bahan masak seperti sambal atau makanan bergoreng bukan? Habis bau tersebut melekat di sofa dan langsir rumah dan dah tak bau wangi seperti biasa. Namun, tahukah anda dengan adanya kelebihan lemon, mampu untuk menghilangkan bau masakan dalam rumah? Bagaimana?

Bukan sahaja dengan menggunakan lemon semata-mata, ada lagi tiga bahan dapur yang anda boleh guna untuk hapuskan bau masakan ini dengan serta merta. Mudah sahaja, buat macam cara yang dikongsikan di bawah.

Baca juga: DIY Pewangi Rumah Hanya Guna 3 Bahan Dapur, Orang Puji Harum Macam Di Lobi Hotel!

KELEBIHAN LEMON MAMPU HILANGKAN BAU MASAKAN DALAM RUMAH

kelebihan lemon

Hari ini nak share tips bagi hilangkan bau masakan dalam rumah. Ini untuk rumah yang tak ada kitchen hood macam rumah saya.

Apa yang anda boleh lakukan adalah, selepas memasak tumis-tumis apa semua, pasti rumah akan berbau. Saya selalu lepas kemas dapur saya akan rebus bahan ini untuk hilangkan bau masakan dalam rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan adalah:

-Lemon
-Rosemary (yang kering pun boleh)
-Cengkih
-Kayu Manis

Cara-caranya:

1.Rebus dalam 10-15 minit ikut keadaan. Buka api kuat untuk wap naik ke seluruh rumah. Lepas dah siap tutup api biar dia sejuk satu malam.

2. Kemudian, air rebusan tapis dan masukkan dalam botol spray. Anda dah boleh spray satu rumah setiap kali selesai masak.

*Mudah sahaja kan? Tak adalah bau-bau tumisan lekat dalam tempoh yang lama di sofa dan pakaian yang dijemur di dalam rumah kan?

Baca juga: Tips Senang Bangun Solat Subuh Khususnya Untuk Orang Muda, Tak Liat Dah!

Sumber: Jabatan Netizen Malaysia via Sharifah Nursakinah

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×