Dapur

Cara Cuci Papan Pemotong Hitam & Berkerak Guna 3 Bahan, Automatik Jadi Baharu!

32
SHARES
papan pemotong

“Aduhai, dah berkarat dan hitam betul papan pemotong sayur aku ni. Tapi, kalau ikutkan elok lagi, sayang nak buang..”

Menjaga kebersihan dalam urusan memasak amat penting dan ini termasuklah kebersihan papan pemotong sayur yang digunakan setiap kali memasak. Mungkin ada yang tidak peka dengan warna papan pemotong yang sudah bertukar hitam dan menganggap ini hanyalah perkara biasa.

Baca juga: Lepas 20 Tahun Baru Tahu Rupanya Ada Fungsi RAHSIA Periuk Nasi, Mudahkan Kerja!

CARA CUCI PAPAN PEMOTONG HITAM JADI PUTIH!

papan pemotong

Jangan buat sambil lewa ya kerana papan pemotong juga perlu dibersihkan dengan betul supaya dapat menjamin kebersihan proses sepanjang memasak. Bila papan pemotong bersih dan putih, barulah berselera sikit setiap kali nak masak bukan?

Anda hanya perlukan 3 bahan ini :

-Limau nipis

-Baking soda

-Cuka epal

Langkah-langkahnya :

1.Pertama sekali, potong limau nipis kepada dua bahagian.

2. Kemudian, taburkan baking soda pada keseluruhan papan pemotong tersebut.

3. Gosok papan menggunakan limau yang dipotong tadi.

4. Biarkan selama 10 minit.

5. Selepas 10 minit, gosok sekali lagi papan pemotong menggunakan baki limau tadi.

6. Kemudian tuang cuka epal ke permukaan papan dan gosok atau sental sehingga puas hati. Ikutlah seputih mana yang anda mahukan.

7. Selain sental menggunakan berus pinggan, anda juga boleh gunakan berus besi bagi menjamin kotoran tertanggal dengan mudah.

8. Akhir sekali, bilas papan sehingga bersih dan putih seperti baru. Tak perlu beli baru!

*Dah putih melepak papan pemotong! Mudah sahaja caranya kan?

Baca juga: Nampak Macam Semua Sama Tapi Tidak, Ini Cara Pilih Cendawan Enoki Fresh Sebelum Beli

Sumber: CrazyIndianHacker

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×