Dapur

Nampak Macam Semua Sama Tapi Tidak, Ini Cara Pilih Cendawan Enoki Fresh Sebelum Beli

44
SHARES
cendawan enoki

Cendawan merupakan salah satu jenis sayur yang menjadi pilihan ramai. Antara yang digemari adalah cendawan enoki yang sangat versatil kerana boleh dijadikan pelbagai jenis menu masakan. Namun, tahukah anda bahawa ada cara yang betul supaya anda memilih cendawan enoki yang segar?

Walaupun diletakkan di dalam bungkusan plastik yang kedap udara, cendawan enoki ini masih boleh diketahui kesegarannya tanpa perlu membuka bungkusan plastik tersebut. Berikut merupakan tips pemilihan cendawan enoki yang dikongsikan oleh seorang chef.

Baca juga: Tak Payah Bayar RM13, Ini Cara Buat Telur Dadar Thai Viral Versi Paling Menjadi & Gebu!

CARA PILIH CENDAWAN ENOKI YANG FRESH

cendawan enoki

Kalau nak beli Enoki, boleh baca tips dari seorang chef :

1) Nak pilih enoki, pilih yang macam belah kanan, atasnya leper dan bukan macam belah kiri dah kecut dan kepala cendawan dah kembang masuk angin dan air.

2) Bila picit, rasa macam span basuh pinggan dan bukan rasa macam lembik dan berair.

3) Tengok warna yang belah kiri agak kekuningan, ambil yang masih cerah warnanya.

4) Check vacumm pack dan pastikan tak masuk angin lagi.

Cara menyediakan enoki:

-Potong bahagian bawah cendawan.

-Pisah-pisahkan tangkai cendawan sebelum masak.

-Letakkan cendawan dalam mangkuk yang berisi air dan rendamkan seketika.

-Tapis cendawan dan basuh semula jika diperlukan.

*Harap ilmu ini dapat memberi manfaat kepada semua! Mudah sahaja kan?

Baca juga: Petua Buat Cendawan Goreng Tepung Jadi Rangup Krup Krap, Campur 3 Tepung Ini

Sumber: Chef Deedee Mansor

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×