Dapur

Cara Rebus Telur Separuh Masak Jadi 100% Macam Di Kopitiam, Tak Cair & Tak Keras Sangat!

12.3K
SHARES
rebus telur separuh masak

“Macam mana lah cara rebus telur separuh masak macam makan dekat kopitiam tu? Aku buat selalu tak menjadi!”

Inilah yang menjadi pertanyaan kebanyakan orang yang menggemari menu telur terutama sekali telur separuh masak. Setiap kalau berkunjung ke kedai kopitiam memang tidak sah kalau tak pesan telur separuh masak yang cair elok di sana. Tapi, bila buat sendiri di rumah, mesti akan terlampau cair ataupun dah keras.

Oleh itu, berikut merupakan perkongsian cara untuk rebus telur separuh masak seperti di kedai dengan menggunakan satu alat penting. Kena beli!

Baca juga: Tips Paling Best Nak Pastikan Daun Kunyit Tak Jadi Kuning, Simpan Lama Pun Masih Segar!

CARA REBUS TELUR SEPARUH MASAK MACAM DEKAT KOPITIAM

rebus telur separuh masak

Kalau anda suka makan half boiled egg tapi tak nak terlalu cair, meh sini saya ajar anda macam mana nak dapat macam itu. Kalau pecahkan atas maggie or ramen memang sedap!

Dah pernah try tips lain tapi terlalu cair, kalau lama sangat keras pula. Pakai sahaja timer ni memang mudahkan kerja anda.

#LANGKAH PERTAMA

Anda masukkan saja egg timer ini sekali dengan telur yang nak direbus itu dalam periuk.

#LANGKAH KEDUA

Dekat egg timer itu memang dah ada 3 jenis rebusan telur yang anda boleh pilih. Soft, medium and hard. Hard itu memang jadi telur rebus terus lah. Jadi, kena buat soft sebab nak makan breakfast half cook je.

#LANGKAH KETIGA

Kemudian, bila dah warna sampai garisan yang anda nak tu, angkat terus. Kemudian pecahkan saja, memang jadi texture macam apa yang anda nak.

Bila dah habis guna egg timer tersebut, anda boleh rendam saja dalam air paip biasa pun tidak mengapa. Warna akan berubah asal semula kemudian boleh guna balik nanti.

BUBUH KICAP & SERBUK LADA HITAM, SEDAPNYA…

rebus telur separuh masak

Memang lazat tak terkata bila dapat cicah dengan roti bakar. Nak bagi kaw, bubuhlah kicap dengan serbuk lada hitam sikit. Fuh, hirup macam tu saja pun sedap!

*Senang kan? Peminat tegar telur separuh masak lepas ni tak payahlah order dekat kedai lagi. Lagi jimat makan dekat rumah kan? Selamat mencuba ya.

Baca juga: Teknik RAHSIA Buat Cekodok Pisang Rangup, Kurang Berminyak Dan Gebu!

Sumber: Twitter Isyraf Zulkifli

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×