Dapur

Cara Buat Golden Ball Ala Sushi King, Lagi JIMAT Lagi Puas!

54
SHARES
golden ball sushi king

Setiap kali berkunjung ke salah sebuah restoran makanan Jepun menjadi pilihan ramai iaitu Sushi King, pasti ada satu menu yang wajib dipilih iaitu Golden Ball. Golden Ball Sushi King ini menjadi pilihan bukan sahaja dalam kalangan kanak-kanak, malah orang dewasa pun tergila-gilakan rasanya yang enak.

Tapi, takkanlah setiap hari nak pergi makan golden ball ini di luar kan? Jadi, inilah masanya untuk anda buat sendiri golden ball ini di rumah dan makan sampai puas!

Baca juga: Resepi Makanan Korea WAJIB Cuba Kalau Nak ‘Feeling’ Macam Dalam K-Drama

CARA BUAT GOLDEN BALL SUSHI KING DI RUMAH

golden ball sushi king

Bahan-bahan:

-Crab Stick

-Telur Rebus

-Lada Putih

-Mayonis Kewpie

-Sesame Oil

Tepung Serbaguna

-Bread Crumbs

-Telur

Cara-cara

1. Rebuskan crab stick dan telur terlebih dahulu, kemudian kupas telur dan cincang halus crab stick yang dah siap direbus.

2. Sediakan satu bowl dan masukkan crab stick yang telah dicincang, masukan lada putih dan mayonnaise kewpie.

3. Gaul rata dan masukkan sesame oil (optional) dan tolak tepi terlebih dahulu.

4. Sediakan 3 bekas berisi tepung, bread crumbs dan telur. Kemudian ambil telur rebus dan celup/rendam.

5. Salutkan telur rebus dalam bekas telur, kemudian salutkan dalam bekas tepung, ulang ke bekas telur dan last sekali salut dengan bread crumbs.

6. Kemudian goreng dalam minyak panas dan banyak. Nampak keperangan sikit angkat.

7. Belah dua golden ball yang telah siap digoreng, kemudian letakkan isi ketam yang telah digaul tadi di atas telur. Siapp!

golden ball sushi king

*Terliur bukan? Anda dah boleh feeling-feeling jadi chef Jepun selepas ini!

Baca juga: Petua Buang Panas Badan, Golek Saja Telur Rebus, Terus Tubuh Rasa Sejuk!

Sumber: Tiktok @nrlchyain

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×