Sihat

Petua Buang Panas Badan, Golek Saja Telur Rebus, Terus Tubuh Rasa Sejuk!

35
SHARES
panas dalam badan

Sejak kebelakangan ini, ramai orang di sekeliling kita mengalami peningkatan suhu badan secara mendadak terutamanya pada waktu malam. Malah, tidak ketinggalan juga bagi kanak-kanak mengalami panas dalam badan sehingga suhu mencapai 40 darjah celcius!

Berikutan keadaan cuaca yang tidak menentu, ramai yang sudah mencuba pelbagai jenis petua untuk turunkan suhu panas dalam badan kecuali menggunakan telur rebus. Guna telur rebus untuk buang panas dalam badan, biar betul? Jadi, berikut merupakan perkongsian petua yang anda boleh cuba!

Baca juga: Cara Untuk Mama Ukur Corong Pam Susu Badan Supaya Puting Tak Melecet, Selesa!

PETUA BUANG PANAS DALAM BADAN GUNA TELUR AYAM

Berdasarkan perkongsian dari laman Facebook Cahaya Mata ini, anda boleh menggunakan telur rebus untuk membuang panas dalam badan. Anda hanya perlu perhatikan telur kuning yang kelihatan seperti menggerutu untuk tahu bahawa teknik tersebut berjaya atau tidak.

panas dalam badan

1.Basuh telur bagi bersih..rebus telur tu sampai masak sepenuhnya. (masa golek-golek telur tak mudah pecah).

2. Kupas kulit telur, jangan pecahkan telur. Kupas dengan sebaik mungkin.

3. Ambil telur balutkan guna napkin atau tuala. Ketebalan kain berdasarkan suhu telur, kalau nak letakkan dekat bayi pastikan ibu rasa dahulu tahap suam telur tersebut sebelum letakkan dekat bayi.

4. Golek-golekkan ke seluruh badan anak, terutamanya kawasan yang memerangkap panas. Ketika golek-golek tu sembang-sembanglah dengan anak dan pastikan dia selesa. Boleh juga sambil golekkan, sambil baca Al-Fatihah.

5. Bila telur tu dah suam, boleh buang kain lapik tersebut. Masa ni kita boleh nampak telur tu dah mula menggerutu, abaikan saja. Teruskan golek-golek sampai telur tu sejuk (dalam setengah jam).

6. Dah siap, biarkan telur itu dalam 10 – 15 minit. Lepas  itu cuba pecahkan telur putih itu dengan hati-hati.. telur merah itu akan menggerutu..

7. Buang telur tu ke tempat yang sepatutnya…jangan dimakan kerana telur tu dah tak selamat untuk dimakan.

8. Sekiranya panas anak belum turun, boleh ulang langkah-langkah di atas. Untuk kesan yang elok, telur itu makin lama makin kurang gerutu dia. Saya buat 3 kali golek-golek telur dekat badan anak saya.

Jam 11 malam : Malam tu anak saya tidur lena walaupun demam. Tak menggigil dan merengek seperti sebelum ni..
Jam 11 pagi esoknya : Lepas buat, anak saya mula cergas, petang tu dia dah mula bermain.

Malamnya saya buat lagi. Saya khususkan di bahagian kepala dan belakang telinga dia. Alhamdulillah, selepas rawatan dia sembuh dari demam. Banyakkan bagi dia minum air masak, kerapkan mandi.

panas dalam badan

*Moga bermanfaat untuk semua! Insya-Allah kita cuba pelbagai jenis petua untuk kurangkan panas demam anak ini ya!

Baca juga: Doktor Kongsi Petua Hilangkan Batuk & Kahak Guna 2 Bahan, Tak Payah Makan Ubat Dah!

Sumber: Cahaya Mata

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×