40 Minggu

Cara Untuk Mama Ukur Corong Pam Susu Badan Supaya Puting Tak Melecet, Selesa!

5
SHARES
pam susu badan

Buat ibu yang sedang menyusukan anak, penggunaan pam susu badan sudah semestinya menjadi keutamaan bagi mendapatkan kuantiti susu setiap hari. Namun, kepada ibu yang pertama kali ingin menggunakan pam susu ini, ramai dalam kalangan mereka tertanya-tanya adakah ada saiz tertentu corong pam susu tersebut?

Jadi, cara yang terbaik untuk mengetahui saiz corong pam susu badan sebelum beli adalah dengan mengukur terlebih dahulu. Mudah sahaja caranya bila anda mengukur sendiri di rumah kerana tidak sepanjang masa ada bantuan dari jurujual di pasaraya.

Baca juga: Cara Nak Bezakan Darah Haid Atau Darah Keguguran, Kena Tahu Supaya Tak Menyesal!

CARA UKUR CORONG PAM SUSU BADAN

Menurut perkongsian dari pakar terapi penyusuan ibu iaitu Nad Masrom di laman Twitternya, mengukur dan mengetahui saiz corong pam susu ini sangat membantu supaya dapat mengurangkan sakit ketika mengepam.

pam susu badan

1. Jika ibu tidak berpeluang untuk consult berkenaan pam susu secara berdepan, sebaiknya tambahlah 4mm kepada ukuran asal puting (rujuk gambar di atas).

– Sebab puting ibu ni kadang-kadang boleh membesar. Kadang-kadang tak.

– Ada sesetengah ibu ukuran puting 19mm, tapi boleh pakai saiz corong asal 24mm. Puting tak membesar, tapi tak melecet juga di kawasan areola atau puting.

Jadi, penggunaan INSERT TIDAK WAJIB untuk semua ibu. Asalkan ibu tahu tahap keselesaan sendiri.  Biasanya kami akan nasihatkan ibu-ibu: “Puan boleh cuba dulu, kalau kurang selesa baru puan tambah insert.”

Kalau ibu berpeluang consult secara berdepan dan berpeluang untuk cuba dulu corong pam, ibu boleh:

i) Cuba pakai corong pam tanpa insert

ii) Cuba pakai corong pam dengan insert sekiranya saiz puting ibu lebih kecil dari saiz corong pam

Mana yang ibu lebih rasa selesa dan sesuai itulah yang ibu akan guna pakai. Sebab selesa ni ibu sahaja boleh rasa bukan orang lain.

Jika ibu consult secara online/atau berdepan dan tak ada ukuran insert dengan hasil tambah 4mm, cadangan untuk ibu ialah cuba saiz insert 2-4mm. Contoh: saiz puting ibu 19mm dan selepas tambah 4mm bersamaan dengan 23mm.

Antara cadangan kepada ibu:

– Cuba dulu tanpa insert dan pakai saiz corong sedia ada (contoh corong 24mm), boleh guna insert 21-22mm

Penggunaan insert atau tidak berdasarkan keselesaan ini DAPAT MENGURANGKAN RISIKO PUTING MELECET. Sekiranya ibu mempunyai puting jenis elastik, ibu DIGALAKKAN CUBA DULU CORONG PAM sebelum beli kerana:

-Ada ibu yang perlukan insert untuk mengurangkan lebih banyak areola masuk ke dalam corong.

– Ada ibu yang perlukan pelincir untuk mengurangkan geseran dengan dinding corong.Jadi buatlah pilihan terbaik dan dapatkan konsultasi dengan mereka yang arif dengan pam susu.

*Jadi, jangan tersalah pilih saiz corong pam susu tau. Risau pula kalau melecet lagi susah!

Baca juga: Warganet Dakwa ‘Buku Pink’ Sudah Lapuk, Gesa Diperbaharui Secara Digital

Sumber: Twitter @nadmasrom

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×