40 Minggu

15 Tanda Pelik Yang Muncul Ketika Hamil, Kalau Ada Salah Satu, Ia Normal, Cuba Semak!

50
SHARES
tanda-tanda hamil

“Tanda-tanda hamil yang aku ada ni macam pelik je, kenapa orang lain tak ada tanda macam ni pun?”

Mengenal pasti tanda-tanda kehamilan amatlah penting supaya anda dapat memastikan bahawa anda benar-benar hamil. Mungkin apa yang anda tahu adalah akan rasa loya, muntah dan pening, namun sebenarnya ada banyak lagi tanda kehamilan yang pelik tapi normal.

Jadi, buat wanita yang sedang cuba untuk hamil atau yang sedang hamil, anda mungkin mengalami 15 tanda yang aneh ini. Kalau tak mahu terkejut, kena ambil tahu apakah tanda tersebut!

Baca juga: Seronoknya Bila Disahkan Hamil! Tapi…Mommy Kena Tahu 13 Perkara Ini Supaya Tak Gelabah

TANDA-TANDA HAMIL YANG PELIK TAPI SEBENARNYA NORMAL!

tanda-tanda hamil

1.Selalu kentut dan sendawa

Apabila bayi anda membesar, ruang menjadi sempit di sekitar kawasan perut. Usus anda akan menjadi sesak dan sistem penghadaman mungkin menjadi tidak menentu lantas menyebabkan perut bergas dan kembung. Tapi kalau anda belum berkahwin dan selalu kentut serta sendawa, jangan risau ya!

2.Sembelit

Menurut American College of Obstetricians and Gynecologists (ACOG), kebanyakan wanita hamil mengalami sembelit pada satu tempoh semasa kehamilan mereka DNA kebiasaannya seawal lapan minggu. Selain itu, lama-kelamaan, bayi anda yang sedang membesar juga dan mula mengosongkan usus menjadikannya lebih sukar untuk memproses walaupun makanan kecil.

3.Rabun

Masalah penglihatan semasa mengandung adalah satu lagi tanda bahawa anda sedang hamil.Kanta dan kornea anda mungkin menjadi lebih tebal buat sementara waktu, dan tekanan mata mungkin berubah. Apabila anda hamil anda akan membengkak seluruh badan, dan itu boleh menjejaskan mata juga.

4.Carpal Tunnel Syndrome

Carpal Tunnel Syndrome merupakan situasi apabila cecair badan meningkat dengan ketara semasa kehamilan. Bengkak dan tekanan selalunya boleh menyebabkan sindrom carpal tunnel, yang menyebabkan kebas dan kesemutan di sekitar pergelangan tangan. Patulah selalu kebas!

5.Gatal payudara dan puting payudara

Semasa mengandung, ramai dalam kalangan wanita menyedari payudara dan puting mereka semakin besar kerana ini mungkin persediaan untuk menyusu bayi kelak. Bukan itu sahaja, ia juga biasa untuk puting dan kawasan sekitar payudara menjadi gatal semasa kehamilan, walaupun pada trimester pertama.

6.Kerap kencing

Dah 10 kali sehari asyik ulang-alik tandas kerana asyik nak terkencing merupakan tanda ketika hamil. Hormon tertentu memberikan isyarat kepada otot pelvis anda untuk berehat supaya anda boleh melahirkan bayi dengan mudah. Ini menjadikan anda lebih terdedah kepada kebocoran kecil-dikenali sebagai inkontinensia kencing yang seringkali berlaku semasa bersin atau ketawa terutama ketika trimester kedua.

7.Hormon seksual menurun

Mungkin anda rasakan bahawa keinginan seksual anda berkurangan sejak hami. Jangan risau, kerana ini semua normal. Kehamilan cenderung memberi kesan kepada libido. Bagi sesetengah orang, libido meningkat semasa kehamilan. Mungkin ada yang membayangkan bahawa hubungan seks boleh menyakiti anda atau bayi.

8.Hormon seksual meningkat

Walaupun ada yang seksualnya menurun, ada juga yang makin meningkat. Gejala kehamilan yang aneh ini juga benar-benar normal-dan sangat biasa. Pertama, terdapat peningkatan 40%-50% aliran darah ke bahagian bawah anda, yang boleh meningkatkan keghairahan dan mungkin menyebabkan orgasme berganda.

9.Naik banyak jerawat

Bukan sahaja ketika mengalami hormon haid, malah semasa kehamilan pun boleh jadi situasi sama ibaratnya seperti sembilan bulan PMS. Situasi ini akan mencetuskan benjolan dan cela pada wajah yang jarang untuk timbul. Rasanya macam banyak jerawat sebegini ketika usia remaja sahaja.

10.Hidung tersumbat

Rasa sesak tanpa sakit adalah perkara biasa dalam kehamilan. Menurut pakar, anda kena bersedia untuk rasa sesak dada, hidung berdarah, dan berdengkur. Kenapa? Ini kerana bahagian dalam lapisan hidung anda juga membengkak berikutan peningkatan hormon.

11.Keputihan/ Vaginal Discharge

Peningkatan tahap estrogen, terutamanya pada trimester ketiga, menyebabkan faraj menghasilkan lebih banyak keputihan. Adalah normal bagi wanita hamil mengalami keputihan, malah, ada juga yang mengalami keputihan lebih banyak dari sebelumnya. Kalau anda nak tahu, keputihan yang sihat selalunya kelihatan nipis, putih jernih dan tidak berbau.

12.Kerap mimpi pelik-pelik

Oleh kerana terlampau bimbang digabungkan pula dengan keletihan, mengangguk,hormon boleh membawa kepada malam-malam gelisah yang dipenuhi dengan mimpi pelik. Adalah perkara biasa bagi bakal ibu bermimpi tentang perkara seperti kemalangan kereta yang ngeri, terlupa menjaga bayi mereka atau melahirkan haiwan.

13.Keluar cecair dari payudara

Payudara bocor adalah satu lagi tanda bahawa badan anda sedang bersedia untuk hamil. Pakar mengatakan bahawa tahap prolaktin yang tinggi menyebabkan hormon payudara anda bersedia untuk menyusukan bayi. Inilah yang menjadi punca kadangkala cecair payudara bocor dan keluar dari puting anda apabila ia dirangsang.

14.Urat-urat di betis

Sejak-sejak hamil, anda mungkin perasan bahawa urat-urat hijau di kaki kelihatan dengan jelas? Keadaan ini disebabkan oleh tekanan rahim anda yang semakin membesar pada urat dalam faraj. Jika anda menghidapinya semasa kehamilan pertama, anda berkemungkinan besar untuk menghadapi keadaan ini dalam kehamilan akan datang.

15.Sakit gigi

Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa anda mungkin akan kerap mempunyai masalah gusi yang sering membengkak semasa kehamilan. Bukan sahaja memberi kesan bengkak kepada bahagian tubuh yang lain, hasil daripada perubahan tahap progesteron dan estrogen ini peningkatan aliran darah seterusnya ke kawasan gusi.

tanda-tanda hamil

Baca juga: Banyak Kali Dah Cuba Tapi Tak ‘Lekat’, Rupanya Ini Antara 5 Punca Anda Sukar Hamil

*Jangan terkejut kalau tempoh kehamilan anda akan berhadapan dengan 15 situasi ini. Bukan semua mak-mak hamil akan berhadapan dengan situasi indah seperti dilihat dalam drama. Selamat berjuang!

Sumber: Parents.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×