40 Minggu

Jenis Posisi Duduk Untuk Ibu Hamil Yang Selamat, Elak Kaki Lenguh & Tak Bengkak

14
SHARES
posisi duduk ibu hamil

“Serba tak kena aku duduk ni. Yang selamat dan disarankan posisi duduk ibu hamil yang macam mana eh?”

Mempunyai posisi duduk yang baik sebenarnya sangat mempengaruhi kualiti postur badan dan kesihatan tulang belakang. Kalau anda perasan, bila tersalah posisi duduk dalam tempoh yang lama maka badan pun akan sakit-sakit. Tambah pula kalau wanita yang sedang hamil, penjagaan posisi duduk sangat penting!

Jadi, bagi mengelakkan rasa lenguh dan tidak selesa pada badan wanita yang sedang hamil, berikut merupakan antara beberapa posisi duduk yang sangat disarankan. Bila duduk dalam posisi yang macam ini, pastinya keselesaan terjamin dan bayi dalam kandungan pun selamat.

Baca juga: Banyak Kali Dah Cuba Tapi Tak ‘Lekat’, Rupanya Ini Antara 5 Punca Anda Sukar Hamil

POSISI DUDUK IBU HAMIL YANG DISARANKAN, BARULAH SELESA!

posisi duduk ibu hamil

1.Duduk sandar di kerusi

Salah satu posisi duduk yang paling disarakan untuk ibu hamil duduk setiap hari adalah dengan duduk sandar di kerusi. Paling disarankan adalah duduk sandar ini sekalikan dengan punggung lurus dan bahu ke belakang. Bukan itu sahaja, anda juga perlu memilih jenis kerusi yang mempunyai sandaran tangan supaya badan menjadi lebih rileks.

2.Gunakan bantal penyandar

Bukan sahaja wanita hamil, malah anda yang tidak hamil pun pasti akan berasa selesa apabila meletakkan bantal di bahagian pinggang semasa duduk. Posisi duduk menggunakan bantal penyandar akan memberi keselesaan kepada wanita hamil setelah bekerja beberapa jam. Anda juga boleh beli bantal khas untuk bersandar supaya kawasan pinggang dan punggul mempunyai ‘support’ secukupnya.

3.Tidak silangkan kaki

Posisi duduk sambil menyilangkan kaki adalah posisi yang anda perlu elakkan. Jika kerusi yang digunakan terlampau tinggi, pastikan anda menggunakan penyandar kaki atau bangku kecil dan diletakkan pada 90 darjah. Pastikan kaki selalu rata di atas lantai dan jangan sesekali duduk bersilang kaki.

4.Posisi yang rilekskan bahu

Salah satu posisi duduk yang baik untuk ibu hamil adalah selalu menjaga bahu dan pastikan selalu berada dalam keadaan rileks. Posisi ini dapat membantu agar tidak mengalami lenguh berlebihan di kawasan punggung, terutama semasa kehamilan. Si ibu disarankan untuk merehatkan siku dan lengan di pemegang kerusi atau meja sehinggan bahu dalam keadaan tidak tegang. Jangan lupa juga untuk bergerak setiap 30 minit.

5.Luruskan kaki

Setelah melalui hari yang panjang, meluruskan kaki merupakan posisi yang sangat selesa. Penting untuk si ibu peka dengan posisi ketika ingin bangun dari kerusi kerana kalau tersalah langkah, anda mungkin akan membahayakan kehamilan. Jadi, pastikan tidak terlampau membongkok ke hadapan dan luruskan sedikit kaki terlebih dahulu.

6.Duduk bersila

Mungkin ramai dalam kalangan kita yang beranggapan bahawa wanita hamil tidak boleh duduk secara bersila. Namun, anggapan tersebut ternyata salah kerana posisi bersila ini amat disarankan. Menurut teknik fisioterapi, posisi duduk bersila apabila kedua tapak kaki menghala terhadap sesama sendiri, ia dapat membuka ruang pinggul dan melonggarkan sendi supaya mudah proses bersalin serta memperbaiki postur.

JANGAN DUDUK MACAM NI!

posisi duduk ibu hamil

Namun, perlu diingatkan juga kepada kaum ibu bahawa terdapat dua posisi duduk yang anda perlu elakkan untuk menjaga keselamatan bayi dalam kandungan.

1. Jangan duduk dengan posisi yang sama terlalu lama – Ibu semua perlu menukar posisi dalam tempoh setiap 30 minit ya. Jika ibu hamil sedang bekerja, pastikan anda berdiri sebentar dan berjalan buat beberapa saat untuk meluruskan otot dan sendi.

2. Menggantung kaki di kerusi – Sebaiknya, ibu hamil jangan pernah menjuntaikan atau menggantung kaki di kerusi. Hal ini kerana, posisi ini akan membuatkan pinggul mengalami stres dan menyebabkan lenguh berpanjangan.

*Kesimpulannya, pastikan setiap posisi duduk semasa hamil dijaga kerana ini akan menyebabkan badan selalu sakit. Bukan itu sahaja, kalau salah posisi duduk pun akan membuatkan kaki bengkak dan muka akan kembung macam belon kerana berangin!

Sumber: Cleveland Clinic, Svago.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×