40 Minggu

Hanya Besar Sebutir Beras, Indahnya Proses Perkembangan Janin Semasa Trimester Pertama

10
SHARES
trimester pertama kehamilan

“Waktu trimester pertama kehamilan ni, macam mana perkembangan janin dalam perut ni eh? Dah nampak muka ke?”

Tiga bulan awal kehamilan disebut juga sebagai trimester pertama merupakan fasa masih ‘berjaga-jaga’ buat setiap ibu. Hal ini kerana, ada juga dalam kalangan ibu hamil yang memasuki usia kehamilan ini mungkin tidak sedar bahawa diri mereka tengah mengandung!

Jadi, penting untuk si ibu tahu tentang perkembangan janin ketika trimester pertama ini supaya dapat memastikan perkembangan janin menjadi normal dan sihat. Kalau nak tahu apa proses yang berlaku sepanjang 3 bulan pertama ini, jom kita baca di bawah.

Baca juga: Kenapa Bayi Aktif Menendang Pada Waktu Malam? Mama Kena Risau Tak?

Perkembangan Janin Yang Terjadi Ketika  Trimester Pertama Kehamilan

trimester pertama kehamilan

Sepanjang trimester pertama, perkembangan janin tumbuh dengan cepat sekali dan selama tujuh minggu pertama kandungan ini dipanggil sebagai ’embrio’. Selepas masuk minggu ke-8 barulah dipanggil sebagai janin dan waktu inilah doktor dan si ibu perlu memastikan kandungan tetap berada dalam keadaan normal.

Jadi, berikut merupakan perkembangan pertumbuhan janin dalam kandungan yang perlu si ibu ketahui.

1. Bulan Pertama Kehamilan

Perkembangan janin pada bulan pertama kehamilan dibantu oleh kantung ketuban supaya embrio dapat tumbuh secara normal selama kehamilan. Selain embrio, plasenta juga berkembang di trimester pertama ini. Bentuk dasar wajah, mata, mulut, rahang, hingga tulang sudah berkembang.

Selain itu, sel darah sudah mulai terbentuk dan peredaran darah sudah mula bekerja. Secara normal, di akhir bulan pertama, kandungan ibu akan mencapai sekitar 6–7 milimeter atau diibaratkan seperti sebutir beras.

2.Bulan Kedua Kehamilan

Setelah memasuki bulan kedua, wajah bayi dalam kandungan akan terus berkembang. Hal ini dapat dilihat dari tumbuhnya telinga sebagai lipatan kecil kulit di sisi kepala. Beberapa bahagian tubuh lainnya juga tumbuh menjadi lengan dan kaki. Pada bahagian seperti kepala, otak, sumsum tulang belakang, dan jaringan saraf lainnya akan terbentuk dengan baik jika pertumbuhan bayi normal.

Pada usia kehamilan ini, bayi dalam kandungan juga sudah mula memiliki saluran pencernaan dan organ sensori. Bukan itu sahaja, embrio pun sudah mula bergerak meskipun belum dapat dirasakan oleh ibunya. Bayi di dalam kandungan sudah berkembang menjadi janin dan memiliki panjang sekitar 2.5 sentimeter dengan berat kurang lebih 10 gram dan bahagian pertumbuhan paling banyak adalah di bahagian kepala.

3.Bulan Ketiga Kehamilan

Di akhir bulan ketiga kehamilan, janin sudah terbentuk dengan sempurna. Semua bahagian tubuhnya sudah terbentuk seperti normalnya seorang manusia, bahkan dapat membuka serta menutup tangan juga mulutnya. Selain itu, telinga luar, gusi, organ reproduksi juga sudah mula berkembang dan terbentuk.

Namun, perlu diingatkan bahawa jantina bayi dalam kandungan masih sukar untuk ditentukan dalam usia 3 bulan ini. Di akhir bulan ketiga, janin sudah memiliki panjang maksima sehingga 10 sentimeter dengan berat 28 gram.

trimester pertama kehamilan

*Jadi buat mommy semua yang masih berada dalam trimester pertama, jaga kandungan dengan elok dan penuh berhati-hati ya. Tak lama lagi kita dah boleh tahu jantina bayi dalam kandungan tu, paling tak sabar sekali kan?

Sumber: Hello Sehat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×