40 Minggu

Naikkan Kedudukan Punggung Masa Bersama Baru Cepat Lekat Anak, Ini Apa Doktor Kata

35
SHARES
ttc untuk hamil

Mempunyai zuriat sendiri setelah melayari bahtera perkahwinan merupakan idaman setiap pasangan. Namun, tidak semua dalam kalangan kita yang dikurniakan rezeki zuriat dengan mudah dan menggunakan cara TTC untuk hamil.

TTC atau ‘trying to conceive’ merupakan ikhtiar dalam kalangan pasangan berkahwin bagi mendapatkan anak dengan cepat. Namun, terdapat beberapa petua ketika menjalani proses TTC ini yang tidak diketahui sama ada betul ataupun tidak. Apa kata kita tanya pakar dulu tentang kesahihan petua yang diberi.

Baca juga: Punca Utama Kematian Ibu Bersalin Kerana Darah Pekat, Kena Tahu Apa Itu Pulmonary Ebolism!

PASANGAN TTC UNTUK HAMIL, KENA TINGGIKAN PUNGGUNG KE SELEPAS ‘BERSAMA’?

ttc untuk hamil

Terdapat satu perkongsian di laman Twitter apabila mereka bertanyakan soalan kepada pakar mengenai pasangan yang TTC atau ‘Trying To Conceive’. Hal ini kerana, ada yang mengatakan petua untuk hamil dengan cepat adalah dengan meninggikan kedudukan punggung dan kaki selepas melakukan hubungan seks bersama suami. Betul ke?

Banyak couple trying-to-conceive (TTC) bertanya :

“Kalau lepas buat hubungan tu, kena baring dengan keadaan tinggikan punggung sikit, atau kena angkat kaki?”

“Kekadang air mani banyak sangat so, dia nampak terkeluar dari vagina, so saya tekup vagina tu supaya ianya tak keluar”

Logik akal : tarikan graviti akan membantu sperma travel makes it way to cervix. Theoretically, this will increase the chance of sperm meeting the eggs, therefore increase chances of conception.

Facts : Sperm ejaculated at HIGH speed, sperm would be eventually ends at cervical mucous. Lendiran serviks its like holding your sperm for fertilization, and helps sperm to travel upward.

ttc untuk hamil

Menurut Dr. Izzat juga, sperm boleh berenang sendiri ke kawasan sistem peranakan wanita iaitu di fallopian tube tanpa ada graviti ataupun tidak. Bukan itu sahaja, ada yang dapat berenang selaju 2 minit sahaja!

Jadi, dengan meninggikan kaki atau meninggikan punggung seperti mana petua yang anda tahu untuk mengekalkan kedudukan sperm di dalam vagina untuk tempoh yang lama tidak memberi sebarang kelainan. Petua yang diberikan itu tidaklah mengubah kedudukan graviti yang ditetapkan dan semula jadi.

Tiada kajian perubatan yang menyatakan dengan meninggikan kaki atau punggung lepas berhubungan kelamin akan meninggikan peluang untuk mengandung. Tetapi, normal apabila anda sangat menginginkan anak, anda akan cuba melakukan apa sahaja petua bagi mendapatkan zuriat tersebut.

Jika meninggikan kedudukan punggung dan kaki selepas melakukan hubungan seks membuatkan diri anda selesa, maka tidak salah untuk lakukannya!

Sumber: Twitter @Dr.Izzat

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×