40 Minggu

Ini 11 Tanda Paling Mudah Nak Tahu Anda Kini Berbadan Dua, Tahniah Ibu!

28
SHARES
tanda-tanda kehamilan

Apakah tanda seseorang wanita itu hamil? Kebiasaannya, ia boleh diketahui melalui tanda-tanda kehamilan yang berlaku. Malah, bukti kehamilan boleh didapati melalui ujian UPT yang dibuat.

Namun, sebelum melakukan ujian tersebut, anda mungkin mengesyaki diri hamil selepas lewat datang haid selama beberapa hari atau minggu.

Justeru itu, anda juga perlu tahu tanda dan gejala kehamilan jenis lain yang mungkin berlaku pada tubuh anda seperti disiarkan oleh portal Mayo Clinic.

Baca juga: Tak Sangka Simpan Bulu Kemaluan Pun Ada Manfaat? Extra: Risiko Bercukur Yang Anda Perlu Tahu!

SIMPTOM WANITA HAMIL

tanda-tanda kehamilan

Gambar hiasan: Moyo Studio/ E+ – GettyImages.

TANDA-TANDA KEHAMILAN DAN GEJALANYA

Berikut merupakan tanda-tanda dan gejala kehamilan yang biasa berlaku.

1. TERLEPAS HAID

Sekiranya anda mengandung dan telah seminggu terlewat dari hari yang sepatutnya kitaran haid berlaku, anda mungkin hamil. Walau bagaimanapun, gejala ini boleh mengelirukan jika anda mempunyai kitaran haid yang tidak teratur.

2. PAYUDARA RASA SAKIT

Pada awal kehamilan, perubahan hormon mungkin membuatkan payudara anda sensitif dan sakit. Ketidakselesaan mungkin akan berkurangan selepas beberapa minggu apabila badan ibu menyesuaikan diri dengan perubahan hormon.

3. RASA LOYA ATAU MUNTAH

tanda-tanda kehamilan

Gambar hiasan: Google.

‘Morning sickness’ boleh berlaku pada bila-bila masa, sama ada di waktu siang atau malam. Ia selalunya bermula pada tempoh satu hingga dua bulan selepas anda hamil.

Walau bagaimanapun, sesetengah wanita berasa mual lebih awal dari tempoh tersebut dan ada juga yang tidak pernah mengalami simptom ini. Punca sebenar ini berlaku masih tidak dapat dipastikan namun disyaki berkait rapat dengan perubahan hormon kehamilan.

4. KERAP MEMBUANG AIR KECIL

Anda mungkin mendapati diri membuang air kecil lebih kerap daripada biasa. Jumlah darah dalam badan anda meningkat semasa kehamilan, menyebabkan buah pinggang aktif memproses cecair tambahan yang menyebabkan anda kerap membuang air kecil.

5. KELETIHAN

Keletihan berada pada kedudukan tinggi dalam kalangan gejala awal kehamilan. Tiada siapa yang tahu dengan pasti apa yang menyebabkan rasa mengantuk semasa trimester pertama kehamilan.

Walau bagaimanapun, peningkatan pantas dalam tahap hormon progesteron semasa kehamilan awal mungkin menyumbang kepada keletihan.

TANDA-TANDA KEHAMILAN & GEJALA YANG LAIN

Ini pula merupakan simptom-simptom kehamilan lain yang mungkin berlaku semasa trimester pertama.

tanda-tanda kehamilan

Gambar hiasan: Google.

1. EMOSI TIDAK STABIL

Kebanjiran hormon dalam badan pada awal kehamilan boleh membuat anda emosi dan kerap menangis. Perubahan mood merupakan perkara biasa.

2. KEMBUNG PERUT

Perubahan hormon semasa awal kehamilan boleh menyebabkan anda berasa kembung perut, sama seperti perasaan ketika di awal haid.

3. KEKEJANGAN RAHIM

Sesetengah wanita mengalami kekejangan ringan pada rahim di awal kehamilan.

tanda-tanda kehamilan

Gambar hiasan: Google.

4. SEMBELIT

Perubahan hormon menyebabkan sistem penghadaman anda menjadi perlahan, yang boleh menyebabkan sembelit.

5. PERUBAHAN SELERA MAKAN

Apabila hamil, anda mungkin menjadi lebih sensitif terhadap bau tertentu dan deria rasa anda mungkin berubah. Seperti kebanyakan gejala kehamilan yang lain, perubahan selera makan boleh dikaitkan dengan perubahan hormon.

6. HIDUNG TERSUMBAT

Peningkatkan tahap hormon dan pengeluaran darah boleh menyebabkan selaput lendir di hidung anda membengkak, kering dan mudah berdarah. Ini mungkin menyebabkan anda mengalami hidung tersumbat atau berair.

KESIMPULANNYA

Kebanyakan tanda dan gejala ini bukanlah semata untuk kehamilan. Sesetengah tanda boleh menunjukkan bahawa anda sedang sakit atau haid yang akan bermula. Begitu juga, anda boleh hamil tanpa mengalami banyak gejala ini.

Namun, jika anda terlepas haid dan melihat beberapa tanda atau gejala seperti di atas, lakukan ujian kehamilan di rumah atau segera berjumpa dengan doktor.

Sekiranya ujian kehamilan di rumah positif, lakukan temu janji bersama doktor. Lebih cepat kehamilan anda disahkan, lebih cepat ibu boleh bersedia dan lebih berhati-hati.

Tambahan, sekiranya anda merancang untuk hamil atau baru mengetahui diri sedang hamil, mulakan mengambil vitamin pranatal pada setiap hari. Vitamin pranatal biasanya mengandungi vitamin dan mineral penting seperti asid folik dan zat besi untuk menyokong pertumbuhan serta perkembangan bayi anda.

Sumber: Mayo Clinic

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×