Cantik

Tengah Datang ‘Period’, Ini 13 Jenis Makanan Yang Baik Semasa Haid, Perempuan Wajib Tahu!

21
SHARES
makanan untuk haid

Ramai wanita mengalami gejala tidak selesa semasa haid seperti kekejangan perut, sakit kepala, loya, keletihan, kembung perut, perubahan emosi dan cirit-birit. Merujuk portal Healthline, terdapat sesetengah makanan untuk haid yang baik boleh diambil bagi mengurangkan sakit daripada gejala-gejala tersebut.

Jika anda mengalami mana-mana simptom yang disebutkan tadi, menambah makanan tertentu pada diet boleh membantu anda berasa lebih baik. Jom cuba!

Baca juga: Terkejut Tengok Darah Keluar Masa Hamil, Period Ke? Ini Penjelasannya…

13 JENIS MAKANAN YANG BAIK DIAMBIL KETIKA HAID

makanan untuk haid

Gambar hiasan: Google.

MAKANAN UNTUK HAID YANG BAIK UNTUK DIMAKAN

1. AIR MASAK

Minum banyak air masak semasa datang haid amatlah penting. Kekal terhidrat boleh mengurangkan peluang anda untuk mendapat sakit kepala dan dehidrasi yang merupakan gejala normal ketika haid.

2. BUAH-BUAHAN

Buah-buahan yang kaya dengan air seperti tembikai dan timun adalah bagus untuk kekal terhidrat. Buah-buahan manis boleh membantu mengekang keinginan gula dalam badan. Tanpa perlu makan banyak gula halus yang boleh menyebabkan paras glukosa meningkat dan menurun.

3. SAYURAN BERDAUN HIJAU

Merupakan perkara normal apabila mengalami penurunan tahap zat besi semasa haid, terutamanya jika aliran haid anda banyak. Ini boleh menyebabkan badan keletihan, sakit badan dan pening.

Sayuran berdaun hijau seperti kangkung dan bayam boleh meningkatkan tahap zat besi dalam badan kerana kaya dengan magnesium.

4. HALIA

Secawan teh halia hangat boleh memperbaiki gejala haid yang tertentu. Halia mempunyai kesan anti-radang yang dapat melegakan otot.

Halia juga boleh mengurangkan loya, malah beberapa kajian mengesahkan perkara ini.

Namun kajian 2018 mendapati, halia berkesan mengurangkan loya dan muntah semasa trimester pertama kehamilan. Jadi. memandangkan ia selamat dan agak murah, memadai untuk dicuba.

Namun, janganlah mengambil terlalu banyak halia kerana lebih daripada 4 gram sehari boleh menyebabkan pedih ulu hati dan sakit perut.

5. AYAM

makanan untuk haid

Gambar hiasan: Google.

Ayam ialah satu lagi makanan kaya dengan zat besi dan protein yang boleh dimasukkan ke dalam diet anda.

Makanan protein adalah penting untuk kesihatan keseluruhan badan dan ia boleh membantu anda kekal kenyang semasa haid kerana mengurangkan rasa keinginan.

6. IKAN

Ikan kaya dengan zat besi, protein, dan asid lemak omega-3, malah ia juga adalah makanan tambahan berkhasiat untuk diet.

Pengambilan zat besi boleh mengatasi penurunan paras nutrisi ini yang mungkin dialami semasa haid.

Kajian pada 2012 mendapati, omega-3 boleh mengurangkan sakit haid.

Wanita yang mengambil suplemen omega-3 mengakui bahawa sakit haid mereka berkurangan sehingga boleh mengurangkan jumlah ibuprofen yang diambil.

Kajian 2014 menunjukkan bahawa omega-3 juga boleh mengurangkan kemurungan. Bagi mereka yang mengalami perubahan mood dan kemurungan semasa haid, omega-3 mungkin membantu.

7. KUNYIT

Kunyit dikenali sebagai rempah anti-radang dan curcumin adalah bahan aktif utamanya. Kajian 2015 melihat kesan curcumin pada gejala PMS dan mendapati, orang yang mengambil curcumin mempunyai gejala yang kurang teruk.

8. DARK CHOCOLATE

makanan untuk haid

Gambar hiasan: Google.

‘Dark chocolate’ kaya dengan zat besi dan magnesium. Bar 100 gram coklat gelap 70 hingga 85 peratus, mengandungi 67 peratus daripada pengambilan harian yang disyorkan (RDI) untuk zat besi dan 58 peratus daripada RDI untuk magnesium.

Kajian 2010 mendapati bahawa, magnesium mengurangkan keterukan gejala PMS. Menurut kajian 2015 orang yang mengalami kekurangan magnesium, lebih berkemungkinan mengalami gejala PMS yang teruk.

9. KACANG

Kebanyakan jenis kacang kaya dengan asid lemak omega-3, dan ia merupakan sumber protein yang hebat. Mereka juga mengandungi magnesium dan pelbagai vitamin.

Boleh cuba mentega kacang atau susu berasaskan kacang atau tambah bahan-bahan ini ke dalam smoothie, sekiranya tidak menyukai makan kacang sahaja.

10. YOGURT

Ramai wanita mendapat jangkitan yis semasa atau selepas haid mereka. Jika anda cenderung untuk mendapat jangkitan yis, makanan kaya probiotik seperti yogurt boleh menyuburkan bakteria “baik” dalam faraj dan boleh membantu melawan jangkitan.

Yogurt juga kaya dengan magnesium dan nutrien penting lain seperti kalsium.

11. TAUHU

makanan untuk haid

Gambar hiasan: Google.

Sumber protein yang popular dalam kalangan vegetarian dan vegan ialah tauhu yang diperbuat daripada kacang soya. Malah, ia kaya dengan zat besi, magnesium, dan kalsium.

12. TEH PUDINA

Kajian pada tahun 2016 menunjukkan bahawa teh pudina boleh meredakan gejala PMS. Secara khusus, ia boleh melegakan senggugut, loya, dan cirit-birit.

13. KOMBUCHA

Yogurt bukan satu-satunya makanan yang kaya probiotik dengan kebaikan melawan yis.

Jika anda mengelakkan tenusu, teh kombucha ialah makanan yang ditapai dengan lebih meluas berbanding sebelum ini. Cuba elakkan minuman kombucha yang mengandungi terlalu banyak gula.

CARA LAIN UNTUK MERAWAT SEGUGUT

makanan untuk haid

Gambar hiasan: Google.

Mengambil makanan tertentu bukanlah satu-satunya tindakan yang boleh diambil untuk mengurangkan gejala haid. Anda boleh juga mencuba cara-cara di bawah ini:

1. SENAMAN

Sesetengah kajian menunjukkan bahawa senaman, seperti kardio ringan dan yoga, boleh mengurangkan kekejangan haid.

2. HOT PACK

Hot pack atau botol air panas boleh melegakan kesakitan di perut dan belakang badan.

3. UBAT TANPA PRESKRIPSI

Ibuprofen dan ubat OTC lain boleh mengurangkan kekejangan yang dialami.

4. URUTAN

Mengurut perut atau belakang badan boleh mengurangkan sakit haid. Dalam kajian kecil 2010, mengurut melegakan kesakitan dalam 23 subjek eksperimen dengan endometriosis.

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×