Sihat

Kenali Warna Warni Keputihan Tidak Normal, Segera Dapatkan Rawatan Doktor!

44
SHARES
keputihan tidak normal

Keputihan merupakan masalah yang sering dihadapi oleh kebanyakan wanita, di mana ia terdapat dua jenis iaitu secara semula jadi dan keputihan tidak normal. Statistik menunjukkan hampir 75% wanita yang sudah berkahwin mempunyai masalah keputihan berikutan oleh aktiviti seksual, seperti dilaporkan My HEALTH.

Ramai lagi wanita di luar sana kurang cakna tentang risiko dan bahaya penyakit keputihan. Ada yang beranggapan ia sebagai suatu petanda lazim sebelum kitaran haid. Justeru itu, bagi membezakan pengeluaran lelehan lendir faraj secara semula jadi dengan penyakit keputihan serius yang memerlukan rawatan doktor, ikuti perincian jenis warna keputihan seperti di bawah.

Baca juga: Awas! Makanan Tinggi Gula & Lemak Punca Penyakit Ini, Baca Lanjut Untuk Tahu!

WARNA WARNI KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

keputihan tidak normal

APA ITU KEPUTIHAN?

Melalui portal Medical News Today, keputihan atau lelehan lendir berwarna putih adalah cecair yang dirembeskan daripada kelenjar kecil dalam faraj dan serviks. Keputihan berlaku untuk membuang sel-sel lama dan serpihan, memastikan faraj dan saluran pembiakan dalam keadaan bersih serta sihat.

Jumlah keputihan pula berbeza-beza bagi setiap orang. Warna, konsistensi dan jumlah juga boleh berubah dari hari ke hari bergantung pada kitaran haid seseorang.

JENIS WARNA KEPUTIHAN

1. JERNIH

Kebanyakan keputihan biasa adalah berwarna jernih atau keputihan. Kelikatannya kemungkinan kelihatan licin atau mempunyai konsistensi putih telur.

Seseorang berkemungkinan mengalami lelehan yang lebih jernih dan licin sejurus sebelum ovulasi, semasa rangsangan seksual dan ketika hamil.

2. PUTIH

keputihan tidak normal

Ton warna putih boleh berubah ke warna krim atau krim kekuningan. Sekiranya seseorang itu tidak mempunyai gejala lain, keputihan ini berkemungkinan besar adalah tanda pelinciran yang sihat.

Walau bagaimanapun, jika lelehan putih mempunyai konsistensi warna seperti keju kotej atau disertai dengan bau yang kuat, ia boleh menandakan sebagai jangkitan. Anda harus berjumpa doktor.

Cairan putih, tebal dan berbau kuat biasanya dikaitkan dengan jangkitan yis, yang juga boleh menyebabkan kegatalan pada alat sulit.

3. KELABU

keputihan tidak normal

Keputihan kelabu adalah tanda cecair tidak sihat. Ia boleh menjadi simptom jangkitan bakteria biasa yang dipanggil bacterial vaginosis (BV).

BV kebiasaannya, punca kepada gejala faraj lain termasuklah:

  • Kegatalan
  • Kerengsaan
  • Bau yang kuat
  • Kemerahan di sekitar vulva atau pembukaan faraj

Individu yang mengalami keleleran kelabu hendaklah segera berjumpa doktor. Selepas diagnosis, kebiasaannya doktor akan memberikan antibiotik untuk merawat BV.

4. KUNING KEHIJAUAN

keputihan tidak normal

Jika keputihan mempunyai warna kuning yang sangat sedikit, ia tidak menunjukkan sebarang masalah. Kemungkinan besar berlakunya sedikit kelainan, ekoran perubahan dalam diet atau makanan tambahan.

Keputihan yang berwarna kuning gelap, hijau kekuningan atau hijau yang lebih gelap biasanya menandakan jangkitan bakteria atau penyakit jangkitan kelamin (STD).

Oleh itu, segera berjumpa doktor sekiranya keputihan itu tebal, berketul dan berbau busuk.

5. MERAH

keputihan tidak normal

Warna merah boleh berbeza-beza dari warna terang hingga gelap. Keputihan merah biasanya disebabkan oleh pendarahan semasa haid.

Secara purata, pendarahan haid berlaku sekitar setiap 28 hari, walaupun dalam julat normal adalah di antara 21 dan 35 hari. Satu tempoh period biasanya, berlangsung selama 3-5 hari.

Individu yang mengalami pendarahan di antara tempoh haid hendaklah berjumpa doktor. Walaupun terdapat banyak punca yang tidak berbahaya bagi pendarahan antara haid, kadangkala ia boleh menandakan keadaan yang serius.

Wanita yang telah putus haid dan tidak datang haid sekurang-kurangnya 1 tahun, anda harus berjumpa doktor jika mengalami pendarahan faraj. Ia ada ketikanya boleh menjadi tanda kanser endometrium.

6. MERAH JAMBU

keputihan tidak normal

Keputihan juga boleh menjadi cerah atau merah jambu yang lebih gelap. Ia biasanya mengandungi sedikit darah.

Pelepasan merah jambu selalunya berlaku dengan tompok sebelum haid. Walau bagaimanapun, ia juga boleh menjadi tanda pendarahan implantasi pada awal kehamilan.

Ada sesetengah orang mengalami sedikit tompok selepas ovulasi, yang juga boleh menyebabkan keluarnya keputihan merah jambu.

Keputihan boleh menjadi merah jambu selepas hubungan seksual sekiranya aktiviti itu menyebabkan koyakan kecil atau kerengsaan pada faraj atau serviks.

DAPATKAN RAWATAN DOKTOR SEKIRANYA KEPUTIHAN TIDAK NORMAL

keputihan tidak normal

Anda dinasihatkan berjumpa doktor sekiranya keputihan mempunyai bau atau rupa yang luar biasa. Seseorang juga harus mendapatkan rawatan perubatan jika mereka mengalami gejala faraj seperti:

  • Kegatalan.
  • Kesakitan atau ketidakselesaan.
  • Lelehan yang berbuih atau warna seperti keju kotej.
  • Pendarahan antara haid atau selepas putus haid (menopause).
  • Mempunyai tompokan selepas melakukan hubungan seks dengan kerap.
  • Lelehan bewarna kelabu, hijau atau kuning.
  • Mempunyai bau yang kuat.
  • Rasa pedih semasa membuang air kecil.

Doktor akan melakukan pemeriksaan pelvis ke atas pesakit dan mengambil sampel pelepasan untuk ujian.

Pada kebanyakan orang, jangkitan atau ketidakseimbangan hormon bertanggungjawab untuk perubahan luar biasa dalam keputihan. Disebabkan itu, ubat mungkin diperlukan.

Seseorang itu harus berjumpa doktor jika mereka mendapati perubahan tidak teratur dalam keputihan atau gejala lain yang mungkin menunjukkan masalah kesihatan reproduktif.

Sumber: Medical News Today

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×