Nur

Selalu Curiga Tentang Status Keputihan, Sebenarnya Boleh Batalkan Wuduk Atau Solat Tak?

12
SHARES
keputihan wanita

Menerusi perkongsian Mufti Wilayah Persekutuan, perkara mengenai keputihan wanita ada dijelaskan dengan lebih lanjut agar tidak mendatangkan keraguan.

Keputihan wanita adalah cecair yang keluar daripada bahagian batin faraj seperti air mazi, air wadi dan sebagainya. Had batin faraj iaitu tempat yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak.

Baca juga: Tok Abah Fadzilah Kamsah Pesan Jangan Selalu Ucap “Tak Ada Rezeki”, Kena Tukar Ayat Ini Pula

KEPUTIHAN WANITA: BILA AMBIL WUDUK BATAL TAK?

KEPUTIHAN WANITA

“Saya mengalami keputihan yang berterusan tanpa mengira waktu, ketika saya mendirikan solat keputihan akan tetap mengalir, adakah saya perlu membatalkan solat dan mengulangi wuduk semula,”

Menurut Imam Syafie, setiap kencing, mazi, wadi atau sesuatu yang tidak diketahui keluar daripada kemaluan, maka semua hukumnya najis kecuali air mani. Ini bermakna sekiranya cairan keputihan datang daripada dalam faraj selain mani, maka statusnya najis.

Keputihan wanita adalah najis dan boleh membatalkan wuduk. Hal ini kerana ia keluar daripada had batin faraj (tempat yang tidak wajib dibasuh ketika istinjak).

Syeikh Muhammad Shalih Al-‘Utsaimin pula berpendapat, bahawa keputihan wanita boleh membatalkan wuduk seperti angin dan kencing yang keluar daripada dalam.

Walau bagaimanapun, jika keputihan keluar terus-menerus, maka tidak membatalkan wuduk. Oleh itu, tidak mengambil wuduk melainkan setelah masuk waktu dan wuduk bagi setiap waktu dan amalan lain seperti membaca al-Quran.

Berbalik kepada soalan yang diajukan, wanita yang sentiasa keluar najis keputihan ketika melaksanakan solatnya tidak perlu mengulangi wuduknya kerana diluar kawalan selain dihukumkan seperti wanita istihadah. Namun, satu wuduk hanya sah untuk satu fardu solat dan beberapa amalan sunat

Panduan melaksanakan ibadah untuk wanita keputihan

Wanita yang keluar keputihan berterusan hukumnya seperti wanita istihadah yang sentiasa dalam keadaan hadas. Maka, beberapa perkara yang perlu diambil perhatian oleh wanita yang mengalami keputihan berterusan seperti berikut:

  • Membasuh faraj daripada najis keputihan
  • Memakai tuala wanita seperti pantyliner di permukaan faraj agar tidak mengalir keluar
  • Mengambil wuduk setelah masuk waktu
  • Wuduknya hanya sah untuk satu waktu solat fardu dan beberapa solat sunat

Kesimpulannya, keputihan wanita yang keluar daripada dalaman faraj (batin al-faraj) adalah najis dan membatalkan wuduk. Selain itu, keputihan yang keluar berterusan dihukumkan seperti wanita istihadah dan sah wuduk untuk satu solat fardu.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Kecoh Kes Bayi Dibekukan, Ini Hukum Simpan Jenazah Di Hospital Terlalu Lama Dalam Islam

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×