Sihat

Cara Rawat Keputihan Guna Bahan Semulajadi, Tak Perlu Pahit Tekak Telan Ubat!

2
SHARES
cara rawat keputihan

“Aduh, macam mana cara rawat keputihan ni eh? Banyak pula keputihan aku selepas haid ni..”

Ini merupakan antara situasi yang berlaku kepada kebanyakan kaum wanita. Sudah selesai kitaran haid, perlu berhadapan pula dengan masalah keputihan sehingga ada yang perlu menukar seluar dalam tiga kali sehari dan sukar untuk solat. Ada yang mengatakan bahawa, dengan menggunakan bahan-bahan semulajadi tertentu dapat mengurangkan keputihan tersebut. Bahan apakah itu?

Baca juga: Tips Kempiskan Perut Buncit Ibu Lepas Bersalin, Buat Jamu Ekspres Guna 4 Bahan Dapur Ini

CARA RAWAT KEPUTIHAN GUNA BAHAN SEMULAJADI

cara rawat keputihan

1.Buah Delima

Akar, buah, kulit dan bunga delima mengandungi saponin dan flavonoid. Akar delima juga mengandungi polifenol, dan kulit, bunga dan buah juga mengandungi tanin. Inilah sebabnya mengapa buah delima digunakan secara meluas untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi kerana bahannya berkesan sebagai pembunuh bakteria.

Bagaimana untuk menggunakannya:

-Rebus 30 gram kulit delima dengan 1 liter air hingga tinggal separuh air. Minum ketika air masih suam. Lakukan dua kali sehari.

2.Yogurt

Yogurt biasa tanpa perisa mengandungi kepekatan bakteria lactobacillus yang tinggi. Oleh itu, pengambilan yogurt boleh membantu mengekalkan pH yang seimbang di kawasan intim wanita. Selain itu, bakteria baik ini boleh memulihkan kawasan yang dijangkiti kulat atau bakteria yang menyebabkan keputihan, dan menjadikan persekitaran faraj “tidak mesra” kepada patogen.

Bagaimana untuk menggunakannya:

-Cuba pilih yogurt tanpa gula, terutamanya yogurt Greek. Ambil secara teratur setiap pagi.

3. Bawang putih

Bukan sahaja menjadi penambah aroma makanan, bawang putih juga boleh digunakan sebagai bahan untuk mengurangkan keputihan secara semulajadi.  Menurut kajian, kapsul suplemen bawang putih boleh digunakan sebagai pilihan untuk merawat keputihan yang disebabkan oleh jangkitan kuman.

Bagaimana untuk menggunakannya:

-Ambil suplemen bawang putih atau makan hidangan dengan perasa bawang putih setiap hari.

4.Kunyit

Kunyit juga mengandungi minyak pati, protein, karbohidrat dan kanji. Inilah sebabnya mengapa kunyit dipercayai berkesan sebagai cara semula jadi untuk merawat keputihan, haid tidak teratur, dan sakit perut semasa haid. Terdapat beberapa kajian yang mengatakan bahawa kunyit boleh mencegah jangkitan kuman dan digunakan apabila ada keputihan disebabkan oleh bakteria.

Bagaimana untuk menggunakannya:

-Untuk merawat vaginosis bakteria (BV) serta kekeringan faraj, campurkan 1 sudu teh serbuk kunyit (5 gram) dengan segelas susu suam. Minum semasa suam dan lakukan sekali sehari untuk mendapatkan hasil yang maksimum.

5.Cuka epal

Apabila mengalami keputihan, sangat penting untuk mengimbangi pH faraj. Jadi, pengambilan cuka cider epal boleh menjadi pilihan kerana ia mengandungi antiseptik dan asid yang cukup. Cuak epal boleh mengurangkan atau menghilangkan bau yang tidak menyenangkan, serta meningkatkan kualiti asid dalam faraj.

Bagaimana untuk menggunakannya:

-Campurkan cuka epal dengan air di dalam tab. Kemudian, anda boleh berendam dalam larutan cuka selama lebih kurang 20 minit.

cara rawat keputihan

*Anda boleh lihat keputihan semakin berkurangan apabila mengamalkan bahan-bahan ini secara konsisten!

Baca juga: Jeragat Muka Boleh Pudar Bila ‘Tonyoh’ Muka Dengan 2 Bahan Dapur Ini, Paling Senang!

Sumber: KlikDokter.com

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×