Cantik

Cerahkan Ketiak Hitam Dengan Segera Guna 5 Bahan Dapur Ini, Gosok Gosok Dah Putih!

30
SHARES
ketiak hitam

Setiap kali melihat kecantikan para selebriti tidak kira di luar negara atau dalam negara, kita tidak ketinggalan untuk memerhatikan bahagian tubuh mereka seperti ketiak. Bukannya apa, jika diperhatikan bahagian ketiak mereka kelihatan sangat bersih, cerah dan tidak kusam! Bagaimanakah nak jadikan ketiak hitam kita ini putih seperti mereka ya?

Mungkin ada yang mengatakan bahawa mereka menggunakan rawatan dari klinik kecantikan yang menelan kos yang tinggi. Tapi, jangan risau kerana untuk golongan ‘biasa-biasa’ macam kita ini, ada cara yang murah sahaja untuk putihkan ketiak namun boleh mendapat hasil yang segera. Menarik bukan?

Baca juga: DIY Ais Kiub Limau Purut Untuk Rawatan Rambut Gugur Yang Paling Mujarab, Sapu Je!

KETIAK HITAM? INI CARA PUTIHKAN KETIAK DENGAN SEGERA

ketiak hitam

Untuk mencerahkan dan memutihkan ketiak ini, konsisten dan sabar dengan proses paling penting. Jadi, ada satu perkongsian tips untuk putihkan ketiak menggunakan bahan-bahan dapur sahaja, namun yang paling penting adalah hasilnya anda dapat nampak dalam masa yang cepat. Ini yang ‘best’!

Bahan-bahan :

-Kopi Kapal Api/ serbuk kopi

-Ubi Kentang

-Limau nipis

-Madu

-Kapur Sireh

Caranya:

1.Campurkan kesemua bahan ini sekali.

2.Kulit limau jangan dibuang kerana nanti boleh digunakan  untuk gosok ketiak.

3.Ubi kentang pula anda perlu parutkan, sekali dengan kulit.

4. Selepas dah campurkan kesemua bahan tadi, boleh gosok di bahagian ketiak atau bahagian celahan lain yang gelap.

5.Biarkan sekejap kemudian barulah cuci atau mandi.

ketiak hitam

*Selamat mencuba!

Video penuh:

@arshaarmalie

Konsisten dan Sabar dengan proses paling penting 👈🏻 bahan-bahan : Kopi Kapal Api Ubi Kentang Limau nipis Madu Kapur Sireh ( Tak ada dalam video sebab dah habis ) Mixkan semua sekali ,kulit limau jangan buang nanti boleh guna utk gosok ketiak , lepas dah gosok biar sekejap baru cuci/ mandi 💯 P/S : Ubi Kentang parut je sekali kulit 🤍 #fypシ #fyp #trending #fypシ゚viral #diyarsha#skincare #maskdiy#ketiakhitam #skintok#scrub

♬ original sound – editthina – editthina

Baca juga: Selama Ini Rambut Gugur Teruk Sebab Salah Teknik Shampoo, Tukar Ke 3 Cara Ini Pula

Sumber: Tiktok @arshaarmalie

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×