Cantik

Banyak Ketulan ‘Daging Lebih’ Tumbuh Di Kulit, Guna Cara INI Untuk Hapuskan Selama-Lamanya!

54
SHARES
daging tumbuh di kulit

“Aduh, kenapa dekat leher aku ni banyak daging tumbuh di kulit eh? Tak cantik la macam ni!”

Ini merupakan antara situasi yang dihadapi ramai apabila secara tiba-tiba banyak lebihan ketulan daging tumbuh di sekitar badan. Sudah pasti ramai yang menyangka bahawa tahap kolestrol badan meningkat yang menyebabkan lebihan daging ini tumbuh.

Buat anda yang sedang ‘rimas’ dengan lebihan daging atau ‘skin tag’ ini, jangan risau kerana ada cara secara tradisional dan medikal yang anda boleh cuba untuk hapuskan lebihan daging ini buat selama-lamanya!

Baca juga: Petua Turunkan Kuning Bayi Dengan Cepat Tapi, Si Ibu Yang Kena Minum Air Herba Ini

LEBIHAN DAGING TUMBUH DI KULIT, MACAM MANA NAK HILANGKAN?

daging tumbuh di kulit

1.Vitamin E

Cara pertama yang boleh dilakukan untuk menyingkirkan isi daging yang membesar secara semulajadi ialah dengan vitamin E. Hal ini kerana proses penuaan boleh menyebabkan lebihan daging tumbuh pada kulit. Penggunaan vitamin E yang mengandungi antioksidan diyakini mampu melawan tanda-tanda penuaan agar kulit kembali sihat.

Anda boleh sapukan vitamin E cecair pada kawasan kulit yang terdapat daging yang sedang tumbuh. Kemudian, lakukan urutan lembut di kawasan tersebut. Jangan lupa buat langkah ini untuk beberapa hari, okay?

2.Bawang putih

Penggunaan bawang putih juga boleh membantu menghilangkan daging yang tumbuh secara semulajadi di kawasan badan.  Untuk menghilangkan tumbuhan daging yang semakin membesar, anda boleh mengisar 1 ulas bawang putih. Kemudian, sapukan pes bawang putih ke kawasan kulit tempat daging tumbuh.

Seterusnya, tutup kawasan kulit menggunakan pembalut dan biarkan semalaman. Keesokan paginya, basuh bahagian kulit dengan air sehingga bersih. Lakukan langkah ini dengan kerap sehingga daging mengecil.

3.Kulit pisang

Setelah selesai makan buah pisang jangan dibuang pula kulitnya. Hal ini kerana kulit pisang juga boleh digunakan sebagai cara untuk menangani pertumbuhan daging secara semulajadi.

Kulit pisang dipercayai dapat mengeringkan daging yang tumbuh sehingga boleh gugur dengan sendirinya. Wah! Cara penggunaannya ialah dengan menggosok kawasan kulit yang dagingnya tumbuh perlahan-lahan. Kemudian, tutup kawasan kulit di mana daging tumbuh dengan pembalut, biarkan semalaman. Langkah ini perlu dilakukan selama beberapa hari sehingga daging tumbuh kering dan gugur dengan sendirinya.

4.Cuka epal

Tahukah anda bahawa cuka epal boleh menjadi salah satu cara untuk menghilangkan daging yang tumbuh secara semulajadi?Cuka epal dipercayai mempunyai kandungan asid baik yang boleh mengeringkan kulit di sekeliling lebihan daging tersebut. Dengan ini, daging yang tumbuh boleh tertanggal dengan sendirinya.

Cara penggunaannya, sapukan cuka epal pada permukaan daging yang sedang membesar. Kemudian, tutup kawasan kulit dengan pembalut. Biarkan selama 15-30 minit, kemudian keluarkan pembalut dan basuh kulit sehingga bersih.

NAK HILANGKAN LEBIHAN DAGING DARI SEGI MEDIKAL PUN BOLEH…

daging tumbuh di kulit

Bukan sahaja dari segi tradisional, pembuangan lebihan isi juga boleh dilakukan melalui cara medikal. Antaranya adalah:

1.Cryotherapy atau pembekuan

Cryotherapy ialah proses membekukan daging yang sedang membesar menggunakan nitrogen cecair. Dengan cara ini, daging dan tisu kulit yang tumbuh boleh mati dan gugur.

2.Electrocauterization

Electrocauterization ialah prosedur pembakaran menggunakan arus elektrik frekuensi tinggi untuk memotong daging yang tumbuh pada kulit.

3.Pembedahan buang tag kulit

Ini hanya melibatkan doktor anda mencabut tag kulit di pangkalnya dengan gunting pembedahan. Saiz dan lokasi tag kulit akan menentukan keperluan pembalut atau jahitan.

*Ramai tak dalam kalangan anda yang alami masalah lebihan daging di atas kulit ini? Jangan risau kalau tak cantik, kita cuba hilangkan dengan cara-cara di atas dulu ya!

Baca juga: Sehari Makan 2 Biji Buah Pisang, Manfaat Buah Dalam Syurga Ini Pasti Tak Sia-Siakan Anda!

Sumber: Healthline

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×