Sihat

Kenali Warna Air Mani Normal & Tak Normal, Petanda Tahap Kesuburan Lelaki Kena Tahu

5
SHARES
warna air mani

“Alamak! Kenapa warna air mani aku ni tiba-tiba ada merah sikit? Takkanlah pula ada darah haid macam perempuan?!”

Bagi seorang lelaki sejati, mempunyai kualiti air mani yang tinggi menjadi penambah keyakinan kerana dikategorikan sebagai subur dan sihat untuk mengurniakan zuriat. Namun, tahukah anda bahawa terdapat warna-warna air mani atau sperma yang normal dan tidak normal.

Baca juga: Hukum Beronani Tapi Tak Keluar Air Mani/Air Mazi, Persoalannya, Perlu Ke Mandi Wajib?

WARNA AIR MANI YANG SIHAT DAN TAK SIHAT

warna air mani

1.Warna putih

Jika warna sperma adalah putih, putih telur atau keabu-abuan, ini menandakan bahawa sperma anda sihat. Antara zat yang ada di dalam sperma sihat adalah:

-Kalsium
-Sodium
-Zinc
-Enzim pemecah protein

2.Kuning kehijauan

Jangan panik kalau tiba-tiba sperma atau air mani anda berwarna kuning kehijauan. Ini tidak bermaksud anda mempunyai masalah kesihatan tetapi boleh jadi punca kepada beberapa faktor:

-Penuaan
-Sperma yang bercampur dengan urine
-Ada makan makanan tertentu mempunyai pewarna atau bawang
-Tidak ejakulasi dalam tempoh lama
-Merokok

Namun, petanda penyakit boleh juga terjadi:

-Jangkitan kuman saluran kencing
-Masalah prostat
-Penyakit kuning
-Penyakit seksual

3.Merah, merah muda, coklat

Inilah masanya untuk anda risau jika air mani bertukar menjadi warna kemerah-merahan atau gelap. Ini bermaksud air mani sudah bercampur dengan darah.

Beberapa kondisi yang menyebabkan masalah hematospermia adalah:

-Pecah pembuluh darah
-Tekanan darah tinggi
-Jangkitan kuman
-Penyakit seksual yang kronik
-Trauma
-Masturbasi secara berlebihan

4.Hitam

Tak sangka ada sperma berwarna hitam ya? Hal ini berlaku kerana terdapat darah beku yang terkumpul di dalam badan dan keluar melalui air mani. Antara punca penyakit yang kena dapatkan rawatan segera adalah:

-Kecederaan pada tulang sumsum
-Tinggi kandungan logam dalam darah

5.Lutsinar

Menurut laporan WHO, punca kepada warna air mani atau sperma menjadi jernih adalah kerana kuantiti sperma yang berkurangan dari kebiasaan iaitu kurang dari 15 juta sel sahaja.

Warna jernih seperti telur ini juga adalah tidak konsisten dan boleh mengganggu tahap kesuburan lelaki. Oleh itu, dapatkan bantuan dari pakar sejurus anda mendapati warna air mani secara berturut-turut berwarna jernih.

APA YANG MENENTUKAN AIR MANI ATAU SPERMA YANG BAIK?

warna air mani

Mungkin ramai yang tertanya-tanya mengenai hal ini, jadi ada beberapa faktor yang menentukan air mani yang dikeluarkan sangat berkualiti. Antaranya adalah:

-Jumlah sperma : Jumlah sperma normal dalam setiap mililiter air mani adalah 15 juta hingga 200 juta.

-Pergerakan sperma : Untuk sampai ke telur atau ovum, sperma yang sihat perlu berenang dengan pantas melepasi serviks. Inilah waktunya menandakan proses persenyawaan telah berjaya.

-Struktur sperma : Ciri sperma yang baik adalah mempunyai kepala berbentuk oval dan ekor panjang.

*Jadi, jangan salahkan kaum wanita sahaja kalau tidak dapat mengurniakan zuriat ya. Periksa juga air mani anda!

Baca juga: Dilabel Tidak ‘Macho’ Kalau Kencing Duduk, Ini Hukum Kencing Berdiri Buat Para Lelaki

Sumber: SehatQ

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×