Nur

Dilabel Tidak ‘Macho’ Kalau Kencing Duduk, Ini Hukum Kencing Berdiri Buat Para Lelaki

2
SHARES
kerap buang air kecil

“Apa kau ni kerap buang air kecil duduk? Selalu masuk dalam bilik toilet tak kencing dekat luar, tak macho la bro!” kata Ali kepada Abu.

Menjadi seorang lelaki, sudah pasti menjadi kebiasaan untuk anda buang air kecil atau kencing secara berdiri bukan? Maklumlah, ini lebih mudah dan cepat namun ramai terlepas pandang bahawa perbuatan ini ada adabnya. Dikatakan tidak macho dan ‘tak jantan’ kalau kencing duduk, berikut merupakan hukum mengenai kencing berdiri ini.

Baca juga: Cara Khatam Al Quran Dalam Sebulan, Istiqamah Buat Pasti Dapat Hasilnya!

KERAP BUANG AIR KECIL BERDIRI? INI BUKAN TANDA LELAKI ‘MACHO’

kerap buang air kecil

Menurut penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, isu ini telahpun dibincangkan oleh para ulama sejak sekian lama. Hal ini kerana pendapat terbahagi kepada dua sama ada yang melarang ataupun yang membolehkannya.

Kajian hadis walaupun bercanggah tetapi untuk mengharmonikan di antara kedua-dua dalil tersebut adalah dengan mengatakan:

Dibolehkan kencing secara berdiri berdasarkan hadis Huzaifah

-Manakala yang lebih afdhal adalah kencing secara duduk kerana itulah yang paling kerap dilakukan oleh Rasulullah S.A.W bahkan inilah sunnah baginda sendiri.

Kata Imam al-Hafiz Ibn Hajar al-Asqalani Rahimahullah: Yang zahirnya baginda melakukannya (kencing secara berdiri) adalah untuk menjelaskan akan keharusannya dan dalam banyak keadaan baginda membuang air kecil secara duduk.

Pihak Mufti Wilayah Persekutuan juga menyatakan bahawa para ulama yang mengharuskan perbuatan kencing berdiri turut menyebutkan beberapa perkara seperti berikut:

– Hendaklah ia dilakukan di tempat yang sembunyi dari penglihatan manusia lainnya supaya auratnya terpelihara.

– Hendaklah berhati-hati supaya air kecil tidak terpercik ke pakaian.

*Jadi, buat jejaka di luar sana janganlah difikirkan bahawa kencing duduk itu tak macho kerana itulah yang sering dibuat oleh Rasulullah SAW. Macho ini tak perlu dikaitkan dengan buang air kecil tetapi adab dan tatasusila yang menjadikan anda lelaki macho…

Baca juga: Hukum Beronani Tapi Tak Keluar Air Mani/Air Mazi, Persoalannya, Perlu Ke Mandi Wajib?

Sumber: Mufti WP, Twitter @ibjela

FT Image: FALM

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×