Nur

Hukum Beronani Tapi Tak Keluar Air Mani/Air Mazi, Persoalannya, Perlu Ke Mandi Wajib?

22
SHARES
onani perlu mandi wajib

Sebut sahaja mengenai onani atau masturbasi, sudah pasti ramai yang membayangkan bahawa ini merupakan salah satu cara untuk mendapatkan ‘kepuasan’ sementara. Namun, penting sebagai seorang Muslim sejati mengetahui bahawa perbuatan onani perlu mandi wajib ataupun tidak selepas melakukannya sama ada secara sedar atau tak sengaja.

Berikut merupakan penjelasan yang lengkap supaya kekhilafan tersebut boleh diperbetulkan.

Baca juga: Beronani Punca Kulit Muka Berjerawat, Adakah Ia Benar Atau Mitos Semata-Mata?

ADAKAH SELEPAS ONANI PERLU MANDI WAJIB

onani perlu mandi wajib

Menurut penjelasan dari Mufti Wilayah Persekutuan, sebab yang mewajibkan seseorang itu untuk mandi ialah janabah dan maksud asalnya asalnya ialah jauh. Janabah juga bermaksud air mani yang terpancut atau persetubuhan.

Oleh itu, orang yang junub ialah orang yang tidak suci disebabkan keluarnya air mani atau bersetubuh. Ia dinamakan sebagai junub kerana orang yang berjanabah itu menjauhkan diri daripada mendirikan solat selama mana dia berkeadaan demikian. Perkataan junub digunakan untuk umum, sama ada untuk lelaki atau perempuan, dan sama ada untuk seorang atau ramai.

Kriteria yang dianggap sebagai telah berjunub disebabkan oleh dua perkara:

-Keluar air mani sama ada di kalangan lelaki atau perempuan dengan apa-apa sebab sekalipun sama ada dengan bermimpi,

-Bercumbuan, melihat seseorang dengan berahi atau berkhayal.

-Bersetubuh sekalipun tidak keluar air mani.

Oleh itu, ada juga yang bertanyakan apakah hukumnya beronani tetapi tidak keluar air mani dan adakah harus mandi wajib? Seperti yang ramai ketahui, sedar ataupun tidak perbuatan onani yang mewajibkan pelakunya untuk mandi wajib, diikat dengan syarat keluarnya air mani.

Sekiranya air mani tidak keluar disebabkan oleh zakar yang menahannya daripada keluar dan dia tidak sedar nampak tanda-tanda mengenai keluarnya air mani tersebut selepas itu, maka majoriti ulama termasuk mazhab Syafie mengatakan tidak perlu mandi wajib.

يَجِبُ الْغُسْل عَلَى الْمَرْأَةِ إنْ أَنْزَلَتْ بِالاِسْتِمْنَاءِ بِأَيِّ وَسِيلَةٍ حَصَل

Maksudnya : “Wajib ke atas seorang perempuan yang beronani untuk mandi wajib, sekiranya keluar air mani kerana perbuatan onaninya itu, dengan apa cara sekalipun.”

HUKUM WANITA DAN LELAKI SAMA

onani perlu mandi wajib

Untuk perempuan pula, sekiranya beronani tetapi tidak sampai mengeluarkan air mazi, maka tidak wajib ke atasnya untuk mandi wajib. Hukumnya sama dengan situasi lelaki.

Bagi anak dara (belum pernah berkahwin dan disetubuhi), wajib ke atasnya untuk mandi sekiranya air mazi telah keluar dari farajnya (melepasinya). Manakala bagi thayyib (pernah berkahwin dan disetubuhi) pula, wajib ke atasnya untuk mandi sekiranya air mani tersebut telah sampai di tempat yang wajib untuknya basuh ketika beristinja’ (sekalipun masih belum keluar melepasi farajnya), iaitu bahagian yang terzahir (nampak) ketika duduk atas kedua kakinya (duduk bercangkung) atau sewaktu qada’ hajat (buang air).

*Kesimpulannya, jika anda mengalami was-was, disarankan untuk mandi wajib dan cuci segala bahagian serta pakaian yang terkena air mani atau bukan air mani tersebut untuk mengelakkan khilaf.

Baca juga: Air Mani Suami Boleh Bantu Hilangkan Kemurungan Isteri, Tak Sangka Betul Ya!

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×