Nur

Alamak, Mimpi Basah Pula Di Siang Hari Dalam Bulan Ramadan, Adakah Puasa Itu Terbatal?

18
SHARES
mimpi basah ketika puasa

Seperti yang ramai tahu, mimpi basah merupakan momen yang dialami oleh seorang lelaki apabila berlakunya ejakulasi air mani semasa tidur. Kebiasaannya mimpi basah ini berlaku apabila individu tersebut mengalami mimpi tentang aktiviti seksual dan boleh juga berlaku kepada kaum wanita. Namun, apakah hukum mimpi basah ketika puasa ini?

Mungkin keadaan ini berlaku luar dari jangkaan apabila tidur siang tetapi sudah pasti ramai dalam kalangan kita yang tidak mahu merugikan waktu puasa tersebut. Berikut merupakan penjelasan dan apa yang anda perlu lakukan apabila mimpi basah ketika puasa.

Baca juga: Hukum Menyentuh Alat Kelamin Pasangan Semasa Berpuasa, AWAS…Jangan ‘Terlajak’!

HUKUM MIMPI BASAH KETIKA PUASA? TERBATAL KE?

mimpi basah ketika puasa

Foto: Jagran English

Jadi adakah mimpi basah sebenarnya membatalkan puasa? Laporan daripada laman web Nadhlatul Ulama (NU) Online, seorang ulama besar Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir, Sheikh Ali Jum’ah menjelaskan mimpi basah di siang hari dalam bulan Ramadan tidak membatalkan puasa seseorang.

Namun, perlu untuk anda tahu bahawa mereka yang mengalami mimpi basah boleh segera mandi junub/mandi hadas dan meneruskan puasa sehingga azan Maghrib. Adapun adab mandi junub iaitu niat dan penerusan air basuhan ke seluruh anggota badan.

“Puasa itu berterusan hingga Maghrib dan dia tidak wajib membayar hutang puasa,” tulis Syeikh Jum’ah dalam kitabnya yang bertajuk. Syeikh Ali Jum’ah Menjawab 99 Persoalan Islam.

Bukan itu sahaja, memetik sebuah hadis Nabi Muhammad SAW, Syeikh Jum’ah berpendapat bahawa orang yang sedang tidur dan tidak sedar (peraturan) Allah SWT, seperti kanak-kanak kecil dan orang yang mengalami gangguan jiwa. Ketiga, orang ini tidak dikira berdosa apabila melakukan kesalahan sehingga mereka bangun (bagi orang yang sedang tidur), menjadi dewasa (untuk kanak-kanak), dan kembali sihat (untuk orang yang mengalami gangguan mental).

Dalam kuliah Ustaz Buya Yahya menyampaikan hukum mimpi basah ketika berpuasa Ramadan.

“Jika anda bermimpi basah pada bulan puasa, maka puasa anda tidak batal kerana tidak sengaja. Jika anda tidur di siang hari dalam keadaan berpuasa, tiba-tiba bermimpi dan melihat ada air mani, maka puasa anda tidak batal,” 

Hal-hal yang membatalkan puasa adalah:

1.Makan dan minum
2.Muntah dengan sengaja
3.Melakukan hubungan badan dengan sengaja
4.Keluar air mani dengan sengaja
5.Haid atau nifas

mimpi basah ketika puasa

Foto: Freepik

*Semoga bermanfaat!

Baca juga: Ini 5 Doa Mustajab Untuk Tutup Hati Suami Dari Pandang Wanita Lain..Awas, Dilarang Masuk!

Sumber: PopMama

Foto: New Atlas

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×