Suami Isteri

Suami Isteri Umur 35-39 Tahun Paling Ramai Alami Konflik Rumah Tangga, Kenapa?

6
SHARES
konflik rumah tangga

Baru-baru ini, ada satu kajian yang dilakukan mendapati pasangan suami isteri berusia 35 hingga 39 tahun dikesan paling ramai menghadapi konflik rumah tangga sehingga menyebabkan perceraian. Menurut laporan Utusan Malaysia, statistik diterima dari LPPKN mengatakan lebih 56.2 peratus perceraian dalam kalangan golongan lelaki berpunca daripada tiada persefahaman, isteri curang (11.8 peratus) dan campur tangan mertua atau ipar duai (10 peratus).

Di pihak wanita pula, ia berpunca daripada tiada persefahaman (38 peratus), pasangan curang (20.5 peratus), pasangan tidak bertanggungjawab (15.2 peratus), campur tangan ipar duai (6 peratus), masalah kewangan (4.7 peratus) serta enggan dimadukan (2.8 peratus). Kenapa ini berlaku? Mari kita dengar penjelasan dari pakar motivasi, Fadzli Aziz.

Baca juga: Tular Isu Wanita Teringin Poligami, Ustaz Pesan Jangan Buat Main Hukum Hakam..Ada Hikmah!

KONFLIK RUMAH TANGGA BERMULA PADA USIA 35-39 TAHUN? KENAPA?

konflik rumah tangga

Kenapa umur 35 hingga 39 tahun yang paling ramai? Betul. Dalam kalangan klien kebanyakan pada umur sebegini. Berdasarkan pemerhatian saya, isu yang paling besar adalah isu kegagalan berbincang dan menyelesaikan isu dan konflik diperingkat awal. Sewaktu ianya masih kecil, cinta masih kuat.

Ada pasangan di awal perkahwinan mengelak untuk berbincang konflik-konflik kecil tanpa sedar konflik tersebut mengganggu emosi secara berpanjangan. Lama kelamaan menjadi tawar hati dengan pasangan. Kenapa pasangan gagal berbincang?

1. Menjaga hati

Terlalu menjaga hati sampai diri sendiri makan hati. Terkadang pasangan tidak sedar hal tersebut mengganggu diri kita.

2. Terasa hal itu kecik

Kecik hal tersebut pada kita tapi belum tentu kecik pada pasangan. Sebab tu ada pasangan yang makan hati secara berpanjangan.

3. Trauma dengan perbincangan lepas

Perbincangan yang salah cara dan pendekatan menyebabkan keadaan jadi makin buruk. Bertukar menjadi perbalahan yang besar. Akibatnya pasangan tak nak lagi berbincang.

4. Terasa tiada penyelesaian

Kerana tidak menguasai teknik perbincangan, kebanyakan pasangan hanya memfokuskan masalah tetapi tidak solusi. Akhirnya tiada pelan perubahan.

5. Merasakan tiada perubahan

Merasakan perbincangan adalah membuang masa kerana merasakan tiada perubahan. Sedangkan perubahan memerlukan masa dan pemantauan secara berterusan.

6. Teknik dan cara yang salah

Ramai terlupa untuk melihat teknik dan cara. Sedangkan nak membetulkan hasil perlu membetulkan cara. Gagal untuk berbincang isu yang kecil bermakna akan gagal berbincang isu yang besar. Gagal berbincang isu yang besar ibarat retak menanti belah.

Ibarat kereta yang ada masalah bunyi enjin yang sangat kuat, tapi diabaikan oleh pemandu sehinggalah kereta mengalami ‘breakdown’. Sebab itu belajarlah ilmu komunikasi khususnya ilmu perbincangan dalam rumahtangga.

konflik rumah tangga

*Adakah ini secara kebetulan ataupun tidak, maka berhati-hatilah apabila usia anda memasuki 35-39 tahun seperti yang dinyatakan ya..

Baca juga: Terpaut Hati Dengan Abang Duda? Jaga-Jaga, Semak 5 Perkara Ini Dahulu Sebelum Kahwin..

Sumber: Utusan Malaysia, Fadzli Aziz

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×