Nur

Tular Isu Wanita Teringin Poligami, Ustaz Pesan Jangan Buat Main Hukum Hakam..Ada Hikmah!

22
SHARES
hukum poligami

Baru-baru ini timbul isu kontroversi di laman media sosial apabila segelintir pihak membayangkan jika wanita diizinkan berkahwin lebih dari satu iaitu berpoligami seperti lelaki. Hukum poligami yang dibayangkan oleh kaum wanita ini sangat mengejutkan ramai pihak kerana bertentangan dengan agama Islam.

Bahkan, pertuturan mengenai hukum poligami atau apa-apa sahaja hukum yang bertentangan dengan agama perlu berhati-hati kerana boleh murtad!

Baca juga: Kelebihan Tidur Qailulah, Satu Minit Tidur Sebelum Zohor Seperti 45 Minit Tidur Malam

HUKUM POLIGAMI BAGI WANITA, ADA YANG MEMPERMAIKAN HUKUM HAKAM!

hukum poligami

Video tular itu mendapat perhatian ramai apabila rata-rata golongan wanita turut menyokong isu yang bertentangan dengan hukum agama itu.  Perkara ini mendapat perhatian dari Mufti Pulau Pinang, Datuk Seri Dr Wan Salim Wan Mohd Noor apabila beliau berkata, seharusnya penutur lebih berhati-hati dengan perkara yang berkaitan dengan hukum hakam agama kerana sesuatu hukum itu tidak sewenangnya diletakkan melainkan mempunyai hikmah yang besar.

Seorang lagi pendakwah bebas, Syed Mohd Bakri Syed Ishak Benyahya atau lebih dikenali sebagai PU Syed berkata, hak poligami berkenaan hanya ada kepada lelaki walaupun bukan kewajipan tetapi itu dibenarkan menerusi syarak.Hukum itu diletakkan kepada lelaki kerana jika diletakkan bagi wanita terdapat pelbagai mudaratnya khususnya tentang nasab anak kandungan itu, kepada siapa hendak dinasabkan.

Rasulullah SAW sabdanya: “Barangsiapa yang mengajak kepada petunjuk maka baginya pahala seperti pahalanya orang-orang yang mengikutinya, tidak mengurangi pahala tersebut (yang diberikan kepada pengajak sebuah petunjuk) daripada pahala mereka sedikitpun dan barangsiapa yang mengajak kepada kesesatan maka ia mendapat dosa seperti dosanya orang yang mengikutinya, tidak mengurangi dosa tersebut (yang dikenakan kepada pengajak sebuah kesesatan) daripada dosa-dosa mereka sedikitpun.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Turut menambah, pendakwah bebas, Ustaz Mohd Izuddin Mohd Kassim berkata, jika apa-apa sengaja serta sedar tentang silapnya bertutur, maka wajib untuk bertaubat dan mengucapkan kembali dua kalimah syahadah.

Berdasarkan kajian pakar sebelum ini, antara faktor yang menyebabkan wanita lebih berisiko dijangkiti penyakit kelamin adalah kerana organ intim wanita mempunyai luas permukaan yang lebih besar berbanding lelaki. Ia juga memudahkan bakteria atau virus yang menyebabkan jangkitan seksual mudah merebak.

hukum poligami

*Oleh itu, hentikanlah pemikiran songsang sebegini dan berpijaklah di bumi yang nyata walaupun apa yang dicakap hanyalah gurauan. Bukan semua perkara dalam hidup ini boleh dibuat main.

Baca juga: “Mudahnya Perjalanan Hidup Dia..”- 7 Petua Hidup WAJIB Amal, Memang Nampak Beza!

Sumber: Harian Metro

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×