Sejak kebelakangan ini, menjadi perbualan hangat adalah secara tiba-tiba ramai dalam kalangan lelaki yang berbincang mengenai poligami. Malah, ada yang menganggap ini sebagai gurauan, tidak menghormati perasaan isteri dengan meminta izin untuk kahwin dua depan kelompok rakan-rakan.
Tular satu lagi video di laman Tiktok apabila seorang lelaki bertanyakan kepada isterinya di hadapan rakan-rakan seolah-olah meminta izin untuk mencari isteri kedua. Soalan yang ditanyakan kepada isterinya berbunyi “Yang, abang nak kahwin lagi satu boleh?”
SUAMI MINTA IZIN KAHWIN DUA DEPAN RAKAN-RAKAN, NETIZEN KOMEN “INGAT KELAKAR KE?”
Sudah semestinya di hadapan rakan-rakan suaminya, si isteri pun tidak mahu menjatuhkan air muka si suami dan mengangguk dengan mengatakan ‘BOLEH’. Situasi ini mendapat tepukan gemuruh dari rakan-rakan lelaki yang berada di meja makan yang sama dengan mengatakan bahawa ‘lesen khas’ sudah diperolehi!
Kelompok rakan-rakan T20 ini mendapat kecaman dari netizen kerana dianggap tidak menghormati perasaan si isteri. Tambah pula, pertanyaan sebegini dianggap sebagai gurauan sedangkan hakikat untuk berpoligami seperti sunnah Rasulullah SAW adalah untuk membantu wanita yang teraniaya, bukanlah kerana ‘gatal’.
Menjengah ke ruangan komen, ramai yang melahirkan rasa malu dan berharap tidak ditemukan dengan lelaki-lelaki yang berada di dalam video berkenaan. Malah, ada juga yang menasihatkan isteri kepada lelaki tersebut supaya tidak terlampau selesa dan menganggap suaminya hanya bergurau kerana ia boleh menjadi kenyataan! Bila dah jadi kenyataan suami tambah isteri satu lagi, barulah mula nak mengamuk..
“Isterinya layan je sebab jaga air muka suami, takkan nak gaduh depan orang. Balik rumah siaplah tidur dalam stor”- netizen.
“Hopefully saya dapat suami yang jaga hati dan perasaan isteri dia..”- netizen
“Arwah ayah pernah cakap, orang yang cakap depan-depan umum dia tak akan buat. Yang jenis senyap-senyap yang selalu buat..”- netizen.
“Money can’t buy class”- netizen.
@aminmohdaseri Mana nak dapat lesen ni ya ? 😅 #fyp ♬ original sound – Amin stayfit
*Sakit telinga dibuatnya apabila bergurau mengenai isu ini. Adakah tiada isu lain yang boleh dibincangkan ketika menjamu selera?
Baca juga: Bacaan Taklik Negeri Selangor Ditambah, Isteri Boleh Report & Bayar RM10 Terus Jatuh Talak!
Sumber: Tiktok @aminmohdaseri