Famili

“Bertambahlah Bilangan Bidadari Saya..”- Lelaki Tular Kahwin Kali Ke-3, Isteri Pertama & Kedua Raikan Madu!

55
SHARES
berita poligami

Apabila terbaca kisah atau berita poligami di dalam laman media sosial, masih ramai dalam kalangan rakyat Malaysia khususnya yang tidak boleh menerima keadaan ini tanpa alasan yang kukuh. Memang benar semasa zaman Rasulullah SAW dulu pun Baginda berpoligami tetapi untuk menyelamatkan wanita-wanita yang susah berbanding lelaki sekarang yang ramainya hanya suka-suka.

Terbaharu menjadi tular di media sosial apabila perkongsian perkahwinan terbaharu seorang lelaki bernama Amirul menceritakan bahawa dalam empat tahun usia berumah tangga, dia sudah berpoligami dan memiliki tiga isteri!

Baca juga: Peguam Jelas Syarat Poligami Di Malaysia, Minta Kebenaran Isteri Pertama TAK WAJIB

BERITA POLIGAMI: LELAKI KAHWIN BUAT KALI KETIGA…ISTERI PERTAMA & KEDUA TERUJA!

berita poligami

Foto Amirul bersama isteri-isterinya.

Tidak seperti kebanyakan lelaki yang berkahwin lagi dengan cara ‘sorok-sorok’, pemuda ini terbuka untuk berkongsinya di laman sosial. Dia juga mendedahkan mula berpoligami pada tahun 2021, hantaran beliau menerima lebih 4,500 reaksi dan 4,000 perkongsian.

Amirul yang selamat melangsungkan perkahwinan dengan wanita pilihannya pada 1 Disember lalu mendedahkan ijab kabul itu direstui semua pihak. Malah, dua orang isterinya juga sangat teruja menerima kedatangan si madu.

“Alhamdulillah, Allah izin. Tanggal 1 Disember 2024, bertambahlah bilangan bidadari syurga saya. Perjalanan untuk menjayakan perkahwinan ini mengambil masa hampir 3 tahun. Ia bukanlah perjalanan yang mudah. Namun, Alhamdulillah, Haza Min Fadhli Rabbi “

“Terima kasih buat ibu bapa saya yang “sporting” menyokong perkahwinan poligami ini, menghadirkan diri dan memeriahkan majlis ijab qabul ini. Barakallahu fikum

Bukan sahaja ibu bapa yang merestui perkahwinan ketiga ini, malah isteri pertama dan kedua pun turut turun padang mendekorasi dan menjayakan majlis.

“Terima kasih buat isteri-isteri saya, isteri pertama dan isteri kedua. Diorang banyak berusaha untuk menjayakan majlis ini. Sorang jadi wedding planner, sorang jadi goodies packer. Baju pengantin, decoration, diorang lah yang uruskan”

“Terima kasih buat sedara mara saya dan sedara mara keluarga pengantin perempuan (isteri ketiga saya), yang sudi memenuhi jemputan majlis yang bersahaja ini. Ada yang perjalanan memakan masa 2 jam untuk sampai. Mudah-mudahan musafir mereka membawa rahmat dan berkat daripada Allah”

Malah, tanpa diketahui ramai ada rupanya kewujudan komuniti lelaki yang berpoligami di dalam Facebook dikenali sebagai Pertubungan Poligami Harmoni Malaysia di mana Amirul menyatakan banyak mendapat sokongan rakan seperjuangan di sana.

“Terima kasih buat sahabat seperjuangan di Pertubuhan Poligami Harmoni Malaysia – Harmoni – yang turut hadir memeriahkan majlis. Bukan hadir seorang diri, tapi hadir bersama keluarga poligami harmoni masing². Masyarakat kita memerlukan lebih banyak contoh keluarga poligami yang harmoni”

Tambah Amirul dalam perkongsiannya itu, dia mengatakan bahawa perkahwinan poligami ini bukanlah perkara baharu kerana dah lama termaktub dalam syariat. Namun, ia seakan menjadi masalah dalam masyarakat rakyat Malaysia apabila hendak dilaksanakan. Tidak dinafikan sebahagiannya berpunca daripada kezaliman yang berlaku, tetapi dia perlu akui, masyarakat masih lagi susah untuk berdamai dengan syariat poligami ini.

“Kehidupan monogami dan poligami, kedua-duanya tidak akan terlepas daripada ujian. Ketika kita menyangka monogami lebih selamat, kita sebenarnya kurang faham tentang hakikat kehidupan. Ini baru bab perkahwinan, belum bab lain lagi”

“Alhamdulillah, saya dipertemukan dengan” circle” poligami, yang terdiri daripada pelbagai lapisan umur dan latar belakang. Ada yang umur 40, ada yang umur 50, ada yang umur 60. Dengan adanya “circle” ini, banyak perkara saya dapat belajar dan perbaiki

BETUL KE POLIGAMI TIADA MASALAH DENGAN KEWANGAN?

berita poligami

Foto hiasan.

Buat lelaki yang ingin berpoligami, ini sedikit perkongsian daripada saya:

1. Carilah “circle” poligami. Bergaul lah dengan pengamal poligami. Dari situ, kita akan lebih mudah belajar dan perbaiki diri.
2. Carilah ilmu. Ilmu ni boleh dapat melalui YouTube, buku dan kitab. Kita sebagai orang awam, boleh hadam video ceramah dan buku poligami pun alhamdulillah lah.
3. Perbaiki diri. Setiap hari, perlu muhasabah diri, apa yang perlu kiat perbaiki, supaya kita lebih mudah untuk memimpin keluarga besar.

Kenapa saya tak sebut tentang kewangan? Kerana masalah utama dalam poligami bukanlah kewangan, tetapi ilmu dan hati. Tak percaya? Bergaul lah dengan pengamal poligami, InsyaAllah akan mudah nampak apa yang saya maksudkan.

Kenyataan Amirul mengenai kewangan bukanlah masalah memang tidak dipersetujui oleh netizen. Malah, ramai yang meninggalkan komen bahawa kasih sayang sahaja sebenarnya tidak mencukupi di zaman serba canggih ini. Zaman dahulu dan zaman kini tidak boleh disamakan! Antara komen netizen adalah:

Kalau sebulan 10k bagi aku boleh la. Nak kawin 10 pun aku bagi . Setakat sayang kasih tak payah la..”

“Mantap bang..saya ni bujang lagi nak cari sorang pun susah inikan pula bertiga…”

“Nak poligami, poligami sorang-sorang bang. Jangan ajak orang lain. Sebab hati bini orang lain tak sama macam hati bini abang boleh share. Kami yang lain ni tak mampu share-share. Jadinya tak payah nak jadi hasutan untuk menyakitkan lagi ramai umat wanita!”

*Walaupun penulis agak kurang setuju dengan perkahwinan poligami seperti suka-suka ini namun diharapkan abang yang baru melayari 4 tahun usia perkahwinan bersama isteri-isteri bijak dalam menguruskan rumah tangga ya. Ingatkan bagi nasihat poligami sebab dah 14 tahun kahwin rupanya masih baharu…

Baca juga: Bercakap Ketika Bersetubuh Dengan Pasangan, Benarkah Makruh Dalam Islam?

Sumber: Facebook Amirul Hakimi

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×