Suami Isteri

Bercakap Ketika Bersetubuh Dengan Pasangan, Benarkah Makruh Dalam Islam?

24
SHARES
cara bersetubuh

Setiap pasangan suami isteri sudah semestinya mempunyai cara bersetubuh yang mengikut kepada ‘selera’ masing-masing. Namun, dalam berada di fasa keasyikan bersama pasangan, ada juga yang tertanya adakah bercakap dan mengucapkan kata-kata cinta kepada pasangan dibenarkan dalam Islam?

Nampaknya, ramai yang baru tahu mengenai soal hubungan antara suami isteri ini. Boleh bercakap atau tidak, berikut merupakan penjelasan dari Mufti.

Baca juga: Jika Wanita Berkahwin Banyak Kali, Di Syurga Nanti Akan Bersama Suami Yang Mana?

CARA BERSETUBUH SETIAP PASANGAN MUNGKIN BERBEZA TAPI PERLU KE BERCAKAP?

cara bersetubuh

Ada soalan dari orang ramai bertanyakan tentang satu kenyataan ulama yang berpandangan bahawa makruh hukumnya bercakap ketika bersetubuh. Adakah hal itu benar?

Pihak Mufti tampil menyatakan bahawa, menurut para ulama mazhab Syafie, bercakap ketika bersetubuh adalah makruh hukumnya. Hal ini kerana ia merujuk sebagai satu bentuk adab, melainkan jika ada keperluan dan yang berkait secara langsung dengan perbuatan persetubuhan itu sendiri.

Antara contoh yang diperjelaskan adalah untuk membetulkan posisi pasangan bagi memudahkan kemasukan. Jika sekadar mengucapkan ayat-ayat yang menggoda untuk menaikkan syahwat contohnya, maka hukumnya makruh.

Menurut para ulama mazhab Syafie, bercakap ketika bersetubuh adalah makruh hukumnya. Kata Syeikh Sulaiman al-Bujairami:

الْكَلَامَ فِي حَالَةِ الْجِمَاعِ مَكْرُوهٌ؛ لِأَنَّ الْمُنَاسِبَ فِيهِ السُّكُوتُ أَيْ فِي غَيْرِ مَا يَتَعَلَّقُ بِالْجِمَاعِ، أَمَّا مَا يَتَعَلَّقُ بِهِ وَهُوَ مَا يَتَوَقَّفُ عَلَيْهِ التَّمْكِينُ مِنْ الْمَرْأَةِ كَأَنْ يَقُولَ لَهَا: تَقَدَّمِي أَوْ تَأَخَّرِي فَلَا يَكُونُ مَكْرُوهًا، وَأَمَّا الْغُنْجِ بِالْغَيْنِ وَالنُّونِ وَالْجِيمِ فَلَيْسَ مِمَّا يَتَعَلَّقُ بِالْجِمَاعِ كَمَا ذَكَرَهُ ع ش

Maksudnya: Bercakap ketika bersetubuh hukumnya makruh, kerana yang lebih sesuai ialah diam ketika melakukannya, yakni diam daripada mengucapkan perkara yang tidak berkaitan dengan persetubuhan. Adapun yang bersangkut-paut secara langsung dengan perbuatan jimak itu sendiri iaitu untuk membolehkan persetubuhan berlaku, seperti suami berkata isterinya: “Gerakkan badan ke hadapan” atau “gerakkan badan ke belakang”, maka ia tidak makruh. Adapun jika sekadar ayat-ayat menggoda (الغُنْج) ia tidak berkait secara langsung dengan perbuatan jimak (kerana ia lebih kepada untuk menaikkan syahwat pasangan), seperti yang disebut oleh Syeikh Ali Syabramallisi.

Hal yang sama turut disebut oleh Imam Ibn Hajar al-Haitami:

وَيُكْرَهُ أَنْ يَتَكَلَّمَ أَحَدُهُمَا فِي أَثْنَائِهِ بِمَا لَا يَتَعَلَّقُ بِهِ، وَيَحْرُمُ ذِكْرُ تَفَاصِيلِهِ بَلْ صَحَّ مَا يَقْتَضِي كَوْنَهُ كَبِيرَةً

Maksudnya: Dimakruhkan untuk salah satu pasangan bercakap ketika bersetubuh pada perkara yang tidak berkait secara langsung dengan persetubuhan itu, dan diharamkan pula untuk mengungkapkan perincian perbuatan bersetubuh itu, bahkan tidak salah juga meletakkannya sebagai satu dosa besar.

cara bersetubuh

*Konklusinya, perbuatan ini adalah makruh supaya tiada rasa rendah diri dalam kalangan pasangan semasa bersetubuh. Kita mungkin tidak sedar kadang-kadang mungkin ayat yang dituturkan akan mengguris hati.

Baca juga: Suami Isteri Umur 35-39 Tahun Paling Ramai Alami Konflik Rumah Tangga, Kenapa?

Sumber: Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×