Suami Isteri

Hukum Bersetubuh Suami Isteri Di 10 Malam Terakhir Ramadan, Bukankah Patut Tingkatkan Ibadah?

11
SHARES
bersetubuh dengan isteri

Apabila telah masuknya fasa 10 malam terakhir, sudah semestinya semua dalam kalangan umat Islam berlumba-lumba untuk mengerjakan ibadah dengan lebih banyak. Namun, tidak dapat ditepis ‘godaan’ pasangan walaupun dalam bulan Ramadan adalah untuk bermesra dan bersetubuh dengan isteri atau suami sendiri.

Adakah pahala akan berkurangan sekiranya tidak meningkatkan ibadah seperti yang disarankan iaitu setiap 1/3 malam? Berikut merupakan penjelasan dari Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri mengenai perkara yang tidak dirancang sebegini.

Baca juga: Hukum Berbuka Puasa Dengan Bersetubuh, Amboi Abang Dah Tak Tahan Ke!

BERSETUBUH DENGAN ISTERI PADA 10 MALAM TERAKHIR

bersetubuh dengan isteri

Ada orang bertanyakan soalan, mengikut sunnah, Rasulullah SAW pada 10 terakhir Ramadan, baginda akan mengikat ketat kainnya serta tidak menggauli isteri-isteri baginda dan bersungguh-sungguh beribadah pada malamnya. Jadi soalannya, apakah hukum sekiranya seseorang itu bersetubuh dengan isterinya pada 10 malam terakhir ramadhan dan adakah pahalanya berkurang?

Perlu untuk anda tahu bahawa dalam bulan Ramadan ini, sebagai orang Islam kita hendaklah bersungguh-sungguh dalam perkara ketaatan dan ibadah kita dalam bulan Ramadan secara keseluruhannya dan mempertingkatkannya lagi pada sepuluh malam terakhir khususnya pada malam-malam ganjil. Inilah pentunjuk Nabi SAW. Apatah lagi, terdapat riwayat daripada Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ النَّبِيُّ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ العَشْرُ شَدَّ مِئْزَرَهُ، وَأَحْيَا لَيْلَهُ، وَأَيْقَظَ أَهْلَهُ

Maksudnya: “Biasanya Nabi SAW apabila memasuki hari kesepuluh (terakhir Ramadhan), Baginda mengetatkan ikatan kainnya, menghidupkan malamnya (dengan ibadah) dan membangunkan keluarganya.”

Kami nukilkan pandangan para ulama berkenaan tafsiran bahawa Rasulullah SAW mengetatkan kainnya ketika masuk 10 malam terakhir.

Pertama: Ungkapan tersebut adalah kinayah. Ia menunjukkan bahawa Nabi saw bersungguh-sungguh di dalam Ibadat khususnya pada 10 malam terakhir. Ini berdasarkan hadith lain yang diriwayatkan oleh Imam Ahmad di dalam Musnadnya. Kata Aisyah R.Anha :

كَانَ يَخْلِطُ فِي الْعِشْرِينَ الْأُولَى النَّبِيُّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ مِنْ نَوْمٍ وَصَلَاةٍ فَإِذَا دَخَلَتْ الْعَشْرُ جَدَّ وَشَدَّ الْمِئْزَرَ

Maksudnya : “Pada 20 hari yang awal Nabi saw akan mencampurkan malamnya dengan tidur dan solat. Apabila masuk 10 malam terakhir, Baginda akan bersungguh-sungguh dan mengetatkan kainnya.”- Riwayat Ahmad di dalam al-Musnad (24390)

Jika dilihat bahawa ungkapan bersungguh-sungguh digandingkan dengan perlakuan mengetatkan kain. Ini menunjukkan adanya kesungguhan. Pandangan ini adalah pandangan yang dikemukakan oleh al-Qadhi yang dinukilkan al-Munawi di dalam Faidh al-Qadir (5/132).

Kedua: Ungkapan tersebut bermakna bahawa Nabi SAW pada malam tersebut tidak menggauli isteri-isteri Baginda. Ini adalah pandangan yang dikemukakan oleh sebahagian ulama silam seperti Sufian al-Thauri. Pandangan ini dikeluarkan ditafsirkan berdasarkan hadith riwayat Aisyah R.Anha, katanya:

كَانَ رَسُولُ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ إِذَا دَخَلَ رَمَضَانَ شَدَّ مِئْزَرَهُ، ثُمَّ لَمْ يَأْتِ فِرَاشَهُ حَتَّى يَنْسَلِخَ

Maksudnya: “Nabi saw apabila masuknya Ramadan, Baginda akan mengetatkan kainnya kemudian Baginda tidak akan mendatangi tempat tidurnya sehingga bulan tenggelam (waktu siang).”- Riwayat Ibnu Khuzaimah (2216) di dalam Sahihnya.

Pandangan ini juga mengatakan bahawa Nabi SAW secara kebiasaannya akan beriktikaf pada 10 malam terakhir Ramadan. Dan orang yang beriktikaf dilarang untuk menggauli isterinya berdasarkan nas al-Quran. Ini bermakna bahawa pada malam hari puasa, dibenarkan menggauli isteri. Akan tetapi Nabi SAW mengetatkan kainnya pada 10 malam terakhir untuk memberi isyarat bahawa malam itu perlu dipenuhkan dengan ibadat untuk mencari Lailatul Qadar bukannya menggauli isteri walaupun pada hakikatnya itu adalah perkara yang harus.

Sebagai kesimpulan, kami nyatakan bahawa tidak ada masalah bagi seseorang itu jika ingin bersetubuh dengan isterinya pada 10 malam terakhir sebagaimana hujah yang disebutkan. Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah SAW bersabda:

مَنْ قَامَ لَيْلَةَ القَدْرِ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا، غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ

Maksudnya: “Sesiapa yang berqiyam pada malam al-Qadar (lailatul qadar) dengan penuh keimanan dan penuh pengharapan, maka akan diampunkan baginya dosa yang telah lalu.”

bersetubuh dengan isteri

Baca juga: Hukum Menyentuh Alat Kelamin Pasangan Semasa Berpuasa, AWAS…Jangan ‘Terlajak’!

Sumber: Maktabah Al-Bakri

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×