Nur

Amalan 10 Malam Terakhir & Doa Bertemu Lailatul Qadar, InsyaAllah ‘Terpilih’!

50
SHARES
doa bertemu lailatul qadar

Sebagai umat Islam di dalam bulan Ramadan dan menunaikan ibadah puasa, ‘manisnya’ hanya individu tersebut yang dapat rasai. Selain itu, kemanisan yang dinanti-nantikan juga khusus dalam bulan Ramadan ini  sahaja adalah untuk bertemu dengan malam Lailatul Qadar iaitu malam yang lebih baik dari seribu bulan. Maka, ramai dalam kalangan kita mengamalkan doa bertemu Lailatul Qadar ini dari awal Ramadan atau bila tibanya 10 malam terakhir.

Bukan itu sahaja, terdapat beberapa amalan lain yang disarankan untuk dibuat supaya dapat mengutip pahala yang berganda dalam bulan Ramadan. Mana tahu, amalan ini menjadi asbab anda dapat bertemu malam Lailatul Qadar dan bukan semua orang mendapat peluang keemasan ini!

Baca juga: Cara Ganti (Qada) Solat Fardhu Ikut Imam Solat Tarawih, Baru Tahu!

Doa Bertemu Lailatul Qadar & Amalan 10 malam terakhir

doa bertemu lailatul qadar

1. Sedekah tiap-tiap malam walau RM1

Ketika sedekah, niat pahalanya untuk kedua orang tua kita, anak-anak dan seluruh keturunan kita. Niatkan juga dengan berkat sedekah ini, Allah jadikan mereka orang yang baik, berbakti kepada orang tua dan sembuh dari segala penyakit.

2. Usahakan untuk beri makan pada orang berbuka

Walaupun sedikit tapi sangat bermakna!

3. Usahakan untuk solat fardu, maghrib, isya’ dan subuh 

Khususnya bagi lelaki, disarankan untuk lakukan secara berjemaah.

4. Baca surah al-Ikhlas 100 kali

Atau paling kurang 3 kali, setiap kali selepas solat.

5. Jangan tinggal solat sunat witir

Solat sunat yang sangat disarankan dalam bulan Ramadan.

6. Mohon ampun untuk kedua orang tua

اسْتَغْفِرُ اللهَ الْعَظِيْم لِأَبِيْ وَاُمِّيْ.

7. Baca doa malam Lailatul Qadar ini 100 kali (pada malam hari)

اللهم اِنّكَ عَفُوٌّ تُحِبُّ الْعَفْوَا فَاعْفُ عَنِّا

ALLAAHUMMA INNAKA ‘AFUWWUN TUHIBBUL ‘AFWA FA’FU ‘ANNII

Ya Allah, sesungguhnya Engkau Zat Yang Maha Pemaaf, Engkau mencintai maaf, maka maafkanlah diriku.

doa bertemu lailatul qadar

Boleh dibaca sepanjang bulan Ramadan.

8. Baca 2 Ayat terakhir dari surah al-Baqarah

Kelebihan : dapat pahala Qiamul Lail

9. Mohon keredhaan Allah dan syurga dan berlindung dari kemarahan Allah dan neraka 100 kali

اللهم انَّا نَسَأَلُكَ رِضَاكَ وَالْجَنَّة وَنَعُوْذُبِكَ مِنْ سَخَتِكَ وَالنَّارْ

Ya Allah, kami mohon Redha dan syurgaMu dan kami berlindung dari kemarahanMu dan nerakaMu.

10. Mohon perlindungan daripada kesempitan dunia dan hari kiamat 100 kali

اللهم اِنِّيْ اَعُوْذُبِكَ مِنْ ضِيْقِ الدُّنْيَا وَضِيْقِ يَوْمَ الْقِيَامَةْ

Ya Allah, aku berlindung daripada kesempitan dunia dan kesempitan hari kiamat

11. Doakan khusus untuk anak-anak

Agar mereka selamat daripada zina, liwat, murtad dan kafir.

12. Doa supaya selamat daripada fitnah

Ya Allah, selamat kan kami daripada fitnah wanita, fitnah lelaki, fitnah dunia, fitnah agama dan fitnah dajjal.

13. Mohon doa kebaikan dunia dan Akhirat

رَبَّنَا آتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي الْآخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ

Maksudnya : Ya Rabb kami, berilah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat, dan peliharalah kami dari seksa api neraka.”

14. Mohon agar dibebaskan dari api neraka dan dimasukkan dalam syurga

أَللّٰهُمَّ أَعْتِقْنِيْ مِنَ النَّارِ وَأَدْخِلْنِيْ جَنَّتَكَ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ بِرَحْمَتِكَ يَا أَرْحَمَ الرَّاحِمِيْنَ 100X

Ya Allah Bebaskan aku dari api neraka, masukkan aku kedalam syurga-Mu, Wahai Tuhan yang Menguasai Alam, dengan Rahmat-Mu, Wahai Tuhan yang Maha Pengasih

*Selamat beramal kerana Allah dan semoga dipertemukan dengan malam Lailatul Qadar. Aaminn..

Baca juga: Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

Sumber: Salmi Suhaina Al-Baitee

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×