Nur

Ustaz Kongsi Cara Ikhtiar Rawat ‘Racun’ Dalam Badan Guna Mandian Limau, InsyaAllah Segar!

38
SHARES
mandi air limau

Rawatan penyakit dalam kalangan manusia bukanlah hanya tertumpu kepada rawatan medikal sahaja. Malah, dalam Islam sendiri, rawatan tradisional bagi penyakit yang dialami juga sangat luas dan menggunakan kehebatan ayat-ayat Al-Quran. Ini juga termasuk amalan mandi air limau yang disarankan oleh para ustaz perubatan tradisional.

Mudah sahaja caranya untuk anda ‘mengeluarkan’ racun-racun dalam badan dan menjadikan badan lebih segar. Hanya menggunakan dua bahan dan bacaan surah-surah tertentu sahaja untuk ikhtiar rawat penyakit yang dialami.

Baca juga: Makan Buah Anggur Yang Ada Biji Lagi Bagus Dari ‘Seedless’, Jangan Diludah Buang!

MANDI AIR LIMAU, PETUA USTAZ IKHTIAR RAWAT RACUN DALAM BADAN

mandi air limau

Petua dari seorang ustaz masa suami KakTy sakit. Jadi, anda pun boleh cuba amalkan insyAllah tubuh badan kita jadi segar.

Bahan-bahan:

-Limau nipis (dalam 4-5 biji untuk sekali mandi)
-Garam (dalam 2 sudu untuk sekali mandi)

Cara-caranya:

1.Sediakan limau nipis dan belah serta potong secara tidak habis supaya mudah untuk diperah.

2.Sambil potong, dibacakan pada buah limau dan perah ke dalam air, baca di luar tandas ya:

-Surah Al Fatihah (1 kali)
-Surah 3 Qul (1 kali)
-Ayat Kursi (1 kali)
-Bismillah 5 ( 1 kali)
-Selawat ( 7 kali)

3.Niat semasa nak mandi untuk buang segala benda yang tidak elok dalam diri.

4.Kemudian masukkan sedikit garam, dalam 2 sudu untuk setiap mandian. Sebatikan dalam larutan air.

5.Guna mandian ini selama 7 hari berturut-turut atau sehingga rasa badan dah sembuh dan segar. Setiap kali mandian, buat yang baharu ya!

mandi air limau

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Tips Dari Kakty (@zuriaty_musa)

*Sama-sama kita ikhtiar ya untuk rawat penyakit selagi tidak bertentangan dengan ajaran agama.

Baca juga: Hilangkan Masalah Sembelit Supaya Kerap ‘Membuang’ Dengan Air Detoks & Makanan Ini, Berhasil!

Sumber: Instagram @zuriaty_musa

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×