Dapur

Jadual Menu Diet Seminggu Ini Mampu Turunkan Berat Sehingga 10KG, Baju Dah Longgar!

55
SHARES
jadual menu diet seminggu

“Setiap kali nak diet mesti tak menjadi, bosan asyik makan benda sama. Rasanya kena buat jadual menu diet seminggu terus ni!”

Mengamalkan pemakanan yang sihat dan boleh menurunkan berat badan secara selamat bukanlah perkara yang mudah. Mana tidaknya, setiap hari asyik ‘diduga’ dengan makanan-makanan yang menggiurkan dan mempunyai kandungan kalori yang tinggi! Jadi, bagi anda yang tekad untuk menurunkan berat badan walaupun 1-2 kg, penting untuk sediakan jadual menu yang betul.

Baca juga: Tips Beli Ikan Salmon Yang Fresh & Tak Hanyir, Jangan Tersilap Pilih Ikan Trout Ya!

JADUAL MENU DIET SEMINGGU, BOLEH TURUN 10KG!

jadual menu diet seminggu

Perancangan menu diet yang betul boleh membantu anda mendapatkan makanan yang sihat tidak kira betapa sibuk anda bekerja. Bukan itu sahaja, mempunyai pelan makananan ini boleh menjimatkan masa, wang dan mengurangkan pembaziran. Oleh itu, sebelum mula buat jadual pastikan anda semak senarai ini:

-Beri masa untuk merancang
-Semak bahan-bahan yang anda sudah ada di dalam almari, peti sejuk atau peti sejuk anda
-Sertakan beberapa hidangan kegemaran anda
-Rancang makanan yang boleh disejukkan dan dipanaskan atau dimakan sejuk pada keesokan harinya
-Pilih resipi yang menggunakan bahan utama yang sama

Tak tahu nak rancang jadual menu diet apa? Jom kita cuba menu yang kami senaraikan di bawah:

1.ISNIN

Sarapan: 1 atau 2 biskut gandum bijirin dengan susu diperkaya dengan vitamin tambahan dan rendah lemak. Tambah beberapa buah seperti beri/pisang/kismis untuk variasi
Snek: Yogurt rendah lemak
Makan tengahari: 2 keping roti wholemeal dengan hirisan keju rendah lemak dan tomato ATAU salad bersama ayam bakar
Snek: Buah-buahan
Makan malam: Sheperd’s pie bersama jagung dan kacang hijau ATAU grilled salmon bersama salad

2.SELASA

Sarapan: Semangkuk biskut oat bijirin dengan susu diperkaya rendah lemak. Tambah beberapa buah seperti beri/pisang/kismis untuk variasi
Snek: Buah oren
Makan tengahari: Roti Pitta dengan ayam bakar, mayonis rendah lemak, salad dan timun
Snek: Biskut
Makan malam: Kari daging bersama sayur dan nasi yang dikukus, tanpa kanji.

3.RABU

Sarapan: Semangkuk bijirin oat dengan satu sudu teh serbuk kayu manis
Snek: Pisang
Makan tengahari: Tortilla wrap dengan hirisan ayam kukus atau bakar, tomato dan salad dan sebiji epal yang dihiris
Snek: Biskut beras
Makan malam: Spageti bolognaise

jadual menu diet seminggu

4.KHAMIS

Sarapan: Semangkuk bijirin dengan susu diperkaya rendah lemak. Masukkan pisang untuk variasi
Snek: Keju
Makan tengahari: Pasta dengan tuna, jagung manis, daun bawang dan sos tomato
Snek: Popcorn kosong
Makan malam: Ikan bakar (baked fish) dengan sayur-sayuran dan pasta

5.JUMAAT

Sarapan: Semangkuk bubur nasi, boleh letak ayam atau salmon
Snek: Buah-buahan
Makan tengahari: Tortilla wrap bersama telur rebus, daging salai dan salad tomato
Snek: Buah atau biskut
Makan malam: Spageti bolognaise atau aglio olio

6.SABTU

Sarapan: 1-2 keping roti bakar penuh dengan kacang panggang atau telur hancur dan segelas kecil jus buah. Yogurt kecil
Snek: Buah-buahan
Makan tengahari: Salad nasi dengan tuna. Yogurt kecil dan batang timun.
Snek: Satu gelas susu rendah lemak
Makan malam: Telur dadar bersama salad tomato. Segelas susu rendah lemak

7.AHAD

Sarapan: 1-2 pancake dengan lemon dan madu dan segelas kecil jus buah
Snek: Buah-buahan
Makan tengahari: 2 keping roti wholemeal, telur rebus, mayonis & salad. Yogurt
Snek: Yogurt
Makan malam: Grilled chicken chop dengan mashed potato dan sayur campuran. 2 biji biskut biasa

Menarik kan menu-menu yang disenaraikan di atas? Tapi, diingatkan juga di samping merancang diet pemakanan yang sihat dan terbaik, terdapat beberapa tips lain yang boleh anda lakukan untuk turunkan berat badan. Berikut adalah tipsnya:

-Wajib ambil sarapan pagi

-Makan sebelum pukul 7 atau 8 malam

-Lakukan senaman 2 kali semiinggu

-Jangan makan makanan segera

-Kunyah makanan lebih lama

-Gunakan piring yang kecil

-Berhati-hati pesan makanan bila makan di luar

-Amalkan konsep ‘suku-suku separuh’

-Banyakkan minum air kosong

*Selamat berdiet dan boleh pakai baju Raya saiz lebih kecil! 

Baca juga: 4 Resepi ‘Meal Prep’ Paling Mudah, Jimat Duit Poket Sampai Hujung Bulan!

Sumber: SafeFood.net

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×