Sihat

Dah Minum Banyak Air Tapi Masih Haus? Jaga-Jaga, Rupanya Badan Anda Kurang Khasiat Ini

6
SHARES
tanda kurang magnesium

Pernah atau tidak dalam kalangan anda mengalami situasi apabila sudah minum banyak air tetapi masih haus tekaknya? Disangkakan ini merupakan perkara normal namun rupanya ini adalah tanda kurang magnesium dalam badan anda!

Jika terlampau banyak air dalam badan pun tidaklah disarankan kerana boleh mengundang masalah kesihatan yang lain. Jadi, apa yang anda boleh lakukan untuk mengembalikan kandungan magnesium yang secukupnya? Berikut merupakan perkongsian tentang tanda dan apa anda boleh lakaukan dari Dr.Suriyakhatun.

Baca juga: 5 Cara Untuk Elak Tabiat ‘Overthinking’, Tak Payah Termenung Sampai Tembus Dinding!

MINUM BANYAK AIR TAPI MASIH HAUS TANDA KURANG MAGNESIUM?

tanda kurang magnesium

“Kenapa saya masih haus ni ? Dah banyak minum tapi tetap haus!”

Itulah mungkin menjadi keluhan sesetengah individu. Mungkin Diabetes Mellitus, ini salah satu penyakit yang menyebabkan kehausan. Namun ada lagi keadaan yang menyebabkan kehausan walaupun sudah minum secukupnya. Haus mungkin bererti ada kekurangnan dalam nutrient dalam pemakanan ( diet ) dan juga ketidakseimbangan electrolyte (imbalance).

Magnesium adalah sejenis zat galian yang penting dan mungkin yang paling penting sebab kita jarang mengambil berat tentangnya. Tanda awal kekurangan yang ketara adalah twitching atau otot otot bergerak-gerak dan mungkin juga kejang (cramps).

Selain itu, runsing, cepat letih, tulang rapuh, susah tidur ,cepat gabra, sakit kepala dan cepat marah antara gejala kurang magnesium dan ya, termasuklah haus yang tidak dapat dilegakan dengan minum air! Selain dari itu, kurang selera makan, cepat loya dan jantung berdebar antara gejala kurang magnesium . Banyak lagi gejala kurang magnesium, sensitif pada bunyi , sengugut , cepat resah, mata silau pun mungkin berlaku.

Puan doktor, kenapa saya tak pernah dengan tentang penyakit kurang magnesium ini ? Hmm tula pasal pembaca budiman , bila pesakit jumpa doktor, dapat ubat gastrik, ubat tenang perasaan, ubat tahan sakit dan lain lain ubat tahan . Saya pula , saya akan berikan magnesium citrate atau chelate sebagai supplement ! Itulah sebabnya ramai pesakit saya dapat magnesium selain dari ubat homeopathy.

APA PERLU DILAKUKAN UNTUK TAMBAH MAGNESIUM?

tanda kurang magnesium

Kenapa kita tertanya-tanya ramai sangat orang yang kurang magnesium dan kenapa doktor tak pernah terfikir tentang ini sebagai sumber penyakit ? Sebenarnya diet dan nutrisi tidak diajar secara khusus kepada doktor dan saya sendiri belajar tentangnya bukan dibangku university medical saya.

So apa perlu kita buat sekarang ?

1. Ubah cara makan, pastikan ada banyak sayur hijau terutama bayam .

2. Beli biji labu ( pumpkin seeds ) dan biji bunga matahari dan tambahkan pada salad ( ulam ulaman ) dan soup. Tabur dekat atas, sebelum itu goreng kering untuk rangupkan.

3. Ambil supplement Magnesium dalam bentuk organic seperti magnesium citrate atau amino acid chelate.

*Risau juga kalau terlampau banyak air dalam badan, kembung pula..

Baca juga: Penyakit Anxiety Disorder ‘Serang’ Dalam Diam, Anda Akan Alami Tanda INI Dalam 6 Bulan

Sumber: Dr.Suriyakhatun

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×