Sihat

5 Cara Untuk Elak Tabiat ‘Overthinking’, Tak Payah Termenung Sampai Tembus Dinding!

23
SHARES
maksud overthinking

“Orang asyik dok cakap bab overthinking ni, apa maksud overthinking yang sebenarnya? Adakah aku selalu buat?”

Bila bercakap tentang perkataan ‘overthinking’, pasti ramai yang secara tidak sedar kerap melakukannya. Sama ada tahu ataupun tidak maksud sebenar istilah tersebut, perbuatan ini sebenarnya tidak digalakkan untuk diamalkan.

Terlampau memikirkan sesuatu perkara melebihi dari yang sepatutnya dan terlampau risau dengan perkara yang masih belum berlaku merupakan antara contoh anda sedang ‘overthink’. Paling merisaukan adalah perbuatan ‘overthinking‘ ini boleh menjurus kepada perkara negatif.

Baca juga: 4 Kali Minum Je Dengkur Semasa Tidur Hilang Serta-Merta, Bancuh Air Guna 2 Bahan INI

MAKSUD OVERTHINKING, JANGAN KERAP SANGAT BUAT!

maksud overthinking

Kita faham, normal dalam kalangan manusia mempunyai hari-hari tertentu apabila ada sahaja perkara yang ingin difikirkan. Namun, perbuatan terlampau berfikir ini boleh dielakkan dengan cepat jika anda lakukan 5 langkah  seperti di bawah ini.

1.Sibukkan diri

Untuk menghilangkan rasa ingin ‘overthinking’ dalam semua perkara, apa yang anda boleh lakukan adalah dengan sibukkan diri. Ambil masa yang lebih sedikit dari kebiasaan untuk menyelesaikan kerja seharian dan anda juga boleh habiskan masa dengan lakukan hobi pada masa lapang. Salah satu aktiviti untuk mengelakkan ‘overthinking’ adalah dengan mengemas rumah atau menyusun atur barang dalam peti sejuk.

2.Dengar muzik

Mendengar muzik merupakan salah satu kaedah terapi yang disarankan ramai, terutama sekali muzik instrumental yang menenangkan. Jika anda berasa sedih, boleh pasang muzik-muzik berunsurkan semangat supaya tidak terlampau terbuai oleh perasaan. Bukan itu sahaja, medengar muzik dapat melepaskan emosi negatif yang ‘terperap’ dalam diri.

3.Habiskan masa dengan bersukan

Tidak semestinya bersukan ini anda perlu melakukan aktiviti yang lasak. Jika anda seorang yang tidak gemarkan aktiviti bersukan, boleh mulakan dengan menyertai kumpulan zumba kerana zumba menawarkan aktiviti kesihatan yang menyeronokkan untuk anda yang pertama kali berjinak-jinak. Bila berjumpa dan bergaul dengan orang ramai ketika melakukan aktiviti ini, maka anda tiada masa untuk ‘overthinking’ walaupun beberapa saat!

4.Melakukan sesuatu yang baik untuk orang lain

Inilah masanya untuk anda mengambil sedikit masa untuk membantu orang lain khususnya orang yang tersayang. Jika anda rasa ‘keberatan’ pada kotak fikiran, rasa sendu dan malas, luangkan sedikit masa untuk bertanya khabar kepada rakan-rakan dan menghulurkan bantuan jika mereka memerlukan. Bukan sahaja rasa ringan pada otak, malah anda pun akan dapat pahala.

5.Menarik nafas dalam-dalam

Inilah yang paling penting sekali untuk anda lakukan supaya tidak ‘hanyut’ dibuai perasaan negatif dan akhirnya akan menjurus kepada perkara-perkara yang tidak diinginkan. Carilah tempat duduk yang nyaman, letakkan satu tangan anda di dada, dan tangan lain di perut. Tarik nafas melalui hidung dalam-dalam, dan keluarkan melalui mulut. Lakukan selama 5 minit, 3 kali sehari.

maksud overthinking

*Memang penting untuk merancang masa hadapan namun sangatlah penting untuk anda menghargai waktu dan ketika ini yang sedang berlaku. Hargai waktu INI, supaya anda tidak terbuai dengan perkara yang masih belum berlaku..

Baca juga: Perut Kembung Memanjang Setiap Hari, Blend 5 Bahan Ini Jadi Jus & Minum!

Sumber: The Muse

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×