Sihat

Najis Kategori Nombor 3 Dan 4 Paling Sihat, Pastikan Check Jenis Najis Anda Ya!

20
SHARES
jenis jenis najis

Najis terdiri daripada makanan tercerna, protein, bakteria, garam dan bahan lain yang dihasilkan dan dikeluarkan oleh usus manusia. Penampilan dan jenis jenis najis anda boleh menjadi penting kerana ada perubahan yang tidak dijangka boleh terjadi.

Seperti apa yang dikongsikan oleh seorang pakar nutrisi di laman Twitter @JazeeraJulaili, beliau mengatakan ada beberapa jenis najis yang paling sihat untuk seorang manusia hasilkan. Pastikan untuk periksa selepas membuang ya!

Baca juga: Jenis-Jenis Tidur Dalam Islam, Kalau Nak Badan Bertenaga Kena Tidur Waktu Nombor 2 Tu!

JENIS JENIS NAJIS UNTUK TAHU TAHAP KESIHATAN USUS

jenis jenis najis

Secara purata, seseorang yang mempunyai penghadaman yang sihat akan membuang air besar di mana-mana waktu setiap hari hingga tiga kali sehari. Jika kurang dari itu, ini boleh menjadi petanda anda kemungkinan mengalami sembelit.

Yes i do take “penyahtinjaan” seriously. Because that shows how your body works. Dari our poo boleh tengok keadaan usus berdarah ke atau ada infection ke. Lepas ni habis saja membuang, check “keadaan” poo you all. Yang normal hanya 3 dan 4 sahaja.

Yang lain either sembelit atau cirit birit. If nak tahu yang paling normal and gold standard of poop is Type 4. Nombor 1 dan 2 is an indicator of constipation atau sembelit. Tahi jadi keras dan boleh berlaku buasir. Jaga-jaga ya, diarrhoea on the other hand, bahaya juga kalau dibiarkan and even can cause fatality. Sebab tu bila cirit birit kena replace cepat-cepat electrolyte yang hilang, minum banyak air.

Untuk pengetahuan anda, Type 5, 6 dan 7 itu can be symptoms of AGE/food poisoning.

Ada beberapa faktor yang menentukan usus yang sihat serta najis yang sihat:

1. Pemakanan
2. Pergerakan
3. Air
4. Probiotik/Prebiotik

Ramai lupa lakukan pergerakan yang berada di tangga kedua. Bila badan tak bergerak aktif, usus lagi susah nak mencerna. Najis yang sihat, bagaimanapun, sepatutnya mudah dikeluarkan dan hanya mengambil masa seminit atau lebih untuk ditolak.

Walau bagaimanapun, sesetengah orang menghabiskan lebih sedikit masa di tandas, jadi sebagai peraturan umum, najis harus mengambil masa tidak lebih daripada 10 hingga 15 minit.

jenis jenis najis

*Kalau setiap hari anda mengambil masa hampir sejam untuk mengeluarkan najis, maka rawatan selanjutnya untuk melancarkan sistem penghadaman.

Baca juga: Cara Buat Stok Air Barli Homemade Untuk Cuci Kencing Kotor, Tambah 4 Bahan INI

Sumber: Healthline,  Twitter @JazeeraJulaili

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×