Sihat

Sehari Makan 2 Biji Buah Pisang, Manfaat Buah Dalam Syurga Ini Pasti Tak Sia-Siakan Anda!

62
SHARES
khasiat buah pisang

Setiap kali melihat orang bersukan, makanan yang diambil sama ada sebelum atau selepas merupakan buah pisang. Malah, buat mereka yang ingin menurunkan berat badan pun mengamalkannya kerana khasiat buah pisang yang sangat hebat.

Namun, hati-hati dalam membuat pemilihan buah pisang ini kerana ada jenis yang kandungan gulanya tinggi. Berikut merupakan perkongsian cara makan buah pisang dari Dr. Rizal Abu Bakar supaya khasiat yang dicari dapat digunakan.

Baca juga: 5 Petua Orang Dulu-Dulu Guna Limau Kasturi Jadi Ubat Mujarab, Tak Sangka Semudah Ini!

KHASIAT BUAH PISANG, DISEBUT SEBAGAI MAKANAN DI SYURGA

khasiat buah pisang

Dua hari berturut ke supermarket. Beli pisang. Beli sikit-sikit. Kebetulan orang sama bertugas kaunter, ditegur si juruwang.

“Beli pisang lagi bang? Semalam pun beli dua biji. Hari ni dua biji”, soalnya dengan tersenyum.

Mungkin kelakar baginya sebab kuantiti dibeli sedikit. Saya angguk sambil tersenyum. Bayar dan jalan. Tidak mahu beri ulasan.
Terbayang saat pilih pisang tadi, ada pisang yang ranum dan ada juga yang baru sahaja muncul bintik-bintik hitam di kulit. Ada berwarna kuning cair dan bersih. Ada yang hijaunya masih bertempek. Ada sedikit panjang saiznya. Ada bersaiz sederhana.

Kenapa dua biji? Kenapa yang dipilih masih ada hijaunya? Kenapa bukan yang ranum? Teringat satu ketika, heboh di Jepun, bahawa pisang habis dan sangat ukar didapati. Semuanya gara-gara kurus. Ada pendapat mengatakan pisang menurunkan berat badan.

Orang berpusu-pusu ke pasar. Tujuannya mahu beli pisang kerana mahu kurus. Walaupun pisang tidak ada kandungannya yang menurunkan berat badan namun kelebihannya banyak dan kalori sikit. Makan pisang mengenyangkan tapi kalau perut saiz XXXL mungkin setandan baharu kenyang.

MAKAN DUA BIJI PUN DAH KENYANG

khasiat buah pisang

Umumnya, dua biji pisang sudah mengenyangkan. Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar dan bukan tua sebelum usia, makanlah pisang. Hal ini kerana, pisang ada anti oksida dan mampu membaik pulih organ dalaman. Organ dalaman muda, yang luar pun ikut muda.

Kalau mahu hadiri mesyuarat, baca buku atau buat pembentangan, ambil pisang. Ada kehebatan pada pisang kerana ia mengandungi B6, manganese dan copper. Semeuanya untuk otak yang cerdas! Bukan itu sahaja, ada fiber juga pada pisang yang diproses secara perlahan oleh sistem. Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin.

Antara pisang ranum dan masak tetapi masih kehijauan, elakkan yang ranum. Hal ini kerana kandungan gula masih sedikit dan kanji kecil. Kalau mahu kawal tekanan darah, pisang pun boleh membantu. Ada potassium yang dapat membantu kesihatan jantung manusia dan buah pinggang.

Bahkan, buah pisang disebut di dalam Al-Quran dan disebut sebagai makanan di syurga. Jadi, kenapa abaikan?

*Memang kalau makan buah pisang untuk sarapan, perut akan rasa kenyang sampai waktu makan tengah hari!

Baca juga: Petua Paling Mujarab Tegangkan Payudara Guna Halia Dan Susu, ‘Aset’ Kembali Mantap!

Sumber: Dr. Rizal Abu Bakar

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×