Hari ini penulis ingin kongsikan resepi pisang goreng belon yang sedang tular di media sosial. Menariknya, resipi di bawah ini membuatkan bancuhan lebih berlemak berbanding biasa.
Sekiranya anda ingin mencuba membuat resepi pisang goreng belon viral, boleh ikuti cara di bawah. Pasti ramai yang tertarik dan teruja!
Baca juga: Gara-Gara Sering Diejek Oleh Rakan, Budak 8 Tahun Stres Sampai Kerap Terkencing Dalam Seluar
RESEPI PISANG GORENG BELON VIRAL, MACAM INI LEBIH SEDAP
Bahan-bahan:
- 75gram tepung gandum
- 50gram tepung beras
- 10gram tepung jagung
- 25gram gula pasir
- Secubit garam
- 1/2 sudu besar baking powder
- 15gram butter (dicairkan)
- Bijan putih/hitam
Cara penyediaan resepi pisang goreng:
– Campurkan semua bahan di atas dengan sedikit air.
– Pastikan tidak terlalu cair/pekat agar adunan dapat menyeliputi pisang sepenuhnya.
– Kemudian, leperkan pisang nipah tersebut dan celup dalam adunan.
– Goreng menggunakan minyak yang banyak dan panas.
– Pisang tersebut akan mula kembung seperti belon.
– Setelah garing, angkat dan toskan.
Resepi pisang goreng belon ini sesuai dijadikan sarapan dan juga minum petang. Rangup di luar dan lemak-lemak biji bijan sememangnya sedap tak terkata.
Selamat mencuba dan semoga bermanfaat!
Baca juga: Warna Baju Raya Bakal Trending Di Pagi Syawal 2025, Yang Mana Satu Jadi Pilihan Anda?
Sumber: Facebook Asmah Yusof