Famili

6 Warna Sesuai Dipakai Untuk Hadir Temu Duga, Kalau Pakai Confirm Dapat Kerja!

310
SHARES
Pakaian Temuduga SPA

Warna pakaian temu duga SPA memainkan peranan penting kerana ia melambangkan keperibadian masing-masing. Menerusi Facebook rasmi milik Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA), terdapat beberapa cadangan warna boleh dipakai ketika menghadiri temu duga.

Selain melambangkan keperibadian anda, warna-warna yang dipakai juga boleh membuatkan penemuduga lebih tertarik. Ikuti penjelasan lanjut di bawah.

Baca juga: Cara Susun Sijil Untuk Temuduga SPA, Baru Lebih Teratur & Tak Pening!

WARNA PAKAIAN TEMU DUGA SPA DICADANGKAN UNTUK PAKAI

Ada yang dipanggil temu duga SPA? Alamak! Nak pakai baju warna apa? Jom saya kongsikan dengan geng #SPAOhsem antara warna-warna yang sesuai untuk digayakan ketika hadiri temu duga.

1. Hijau

Seorang yang kreatif, bijak bergaul dan bersosial dengan ramai orang.

2. Kuning lembut

Ini menggambarkan anda gemarkan hidup yang bahagia dan tenang.

3. Pastel alice

Memakai warna ini menampilkan keyakinan dan keberanian pemakainya.

4. Biru

Biru melambangkan keperibadian yang sukakan kedamaian, keyakinan diri tinggu dan memiliki sifat tenang.

5. Lilac

Baju berwarna lilac menunjukkan sifat mewah tetapi tidak sombong dengan orang lain.

6. Crimson Red

Seseorang yang memakai pakaian berwarna crimson red melambangkan peribadi seseorang yang sangat aktif dalam kehidupan seharian.

Pakaian Temuduga SPA

Padankan warna dengan jawatan yang dimohon. Cara ini boleh memberi kesan yang lebih baik. Jadi, pilih warna yang sesuai untuk hadir temu duga.

Selain itu, pastikan susun betul-betul segala dokumen yang perlu dibawa.

Selamat berjaya dan semoga bermanfaat!

Baca juga: Wanita Ini Kongsi Tips Pergi Temuduga SPA, Mesti ‘Lepas’ Punya!

Sumber: Facebook Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA)

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×