40 Minggu

Pertama Kali Bergelar Mommy Daddy, Ini Cara Daftar Nama Anak Di JPN. Jangan Lambat!

2
SHARES
CARA DAFTAR NAMA ANAK

Sekiranya anda pertama kali bergelar ibu bapa, artikel ini sangat berguna untuk mengetahui cara daftar nama anak supaya tidak berlaku sebarang perkara yang tidak diingini.

Perlu diingatkan agar membawa semua dokumen yang disenaraikan seperti di bawah untuk kegunaan pegawai bertugas. Jom baca!

Baca juga: Jangan Jadi Toksik, Berhenti Mengugut Ibu Kalau Tempoh Berpantang Tak Sama

CARA DAFTAR NAMA ANAK, IBU AYAH AMBIL TAHU

CARA DAFTAR NAMA ANAK

Berikut merupakan perkongsian cara daftar nama anak:

1. Selepas isteri keluar hospital, doktor bertugas akan memberi satu surat yang bertajuk Urusan Seri Paduka Baginda.

2. Surat tersebut perlu di bawa ke Jabatan Pendafataran Negara berhampiran anda.

3. Bawa bersama dokumen di bawah:

  • Borang pendaftaran kelahiran
  • Borang pengesahan kelahiran (asal sahaja)
  • Dokumen pengenalan diri ibu bapa (asal dan salinan)
  • Sijil pernikahan (asal dan salinan)
  • Buku pranatal/buku ibu mengandung  (asal dan salinan)

4. Ambil nombor giliran dan isi nama anak mengikut pilihan anda.

5. Tunggu sehingga pegawai bertugas panggil dekat kaunter untuk pastikan nama dan alamat dalam surat beranak betul.

6. Tunggu dalam 10 minit dan siap! Nama anak bin/binti nama anda, mesti terharu.

Pendaftararan dalam tempoh 60 hari dari tarikh kelahiran hanya percuma. Pendaftaran lewat selepas 60 hari tarikh kelahiran pula perlu menunggu kelulusan dan bukan serta merta.

Jadi, jangan lupa untuk mendaftar nama anak ya.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: 13 Pantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Yang Terakhir Itu Paling Dilarang Buat!

Sumber: Twitter Akeem Sharyzal

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×