40 Minggu

13 Pantang Larang Suami Ketika Isteri Hamil, Yang Terakhir Itu Paling Dilarang Buat!

11
SHARES
PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG

Pesanan orang dulu-dulu tentang pantang larang semasa mengandung memang tak boleh dibuat main. Ini kerana risau akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan dan ibu.

Bukan isteri sahaja yang ada pantang larang, suami pun kena ikut juga dan sentiasa berhati-hati dalam melakukan sesuatu perkara.

Baca juga: Selalu Kedekut Dengan Isteri, Punca UTAMA Gaji Sentiasa Tak Cukup & ‘Bocor’

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG, SUAMI KENA AMBIL TAHU

PANTANG LARANG SEMASA MENGANDUNG

Di bawah ini terdapat 13 pantang larang suami perlu ikut ketika isteri hamil:

1. Jangan biarkan isteri buat semua kerja

Emosi seorang isteri ketika hamil memang tak dapat diduga. Suami perlulah bertimbang rasa dan sentiasa memanjakan supaya ibu dan bayi dalam kandungan sihat.

2. Jangan paksa isteri bersenggama

Tidak salah untuk melakukan hubungan seks ketiks isteri sedang hami. Namun, perlulah lebih berhati-hati bagi mengelakkan sebarang risiko bahaya kepada janin.

3. Jangan bakar barang yang isteri guna

Suami difahamkan agar tidak membakar atau membuang peralatan yang isteri gunakan ketika hamil. Ini kerana dikatakan boleh menyebabkan kulit bayi menjadi merah seperti terbakar.

4. Menjahit 

Mitos mengatakan sekiranya suami menjahit ketika isteri sedang mengandung, ini boleh mengakibatkan keadaan bayi lahir tidak sempurna.

5. Tak boleh makan belut

Seperti mana kita tahu, keinginan seorang isteri ketika hamil memang ada yang pelik. Sekiranya ibu meminta untuk makan belut, jangan ditunaikan kerana tingkah laku bayi boleh menjadi terlalu hiperaktif.

6. Menggaru perut isteri

Dnasihatkan agar tidak menggaru perut isteri kerana dipercayai boleh menyebabkan lebam pada bayi. Selain itu, ia jua boleh menyebabkan stretch mark.

7. Tak boleh koyak plastik

Kata orang, kalau suami isteri mengoyak plastik bungkusan tanpa membukanya dengan betul, ia boleh menyebabkan bayi mengalami kecacatan di bahagian perut.

8. Jangan percikan air dalam baldi ke kaki

Pesanan orang lama-lama, jangan percikan air dalam ke kaki. Hal ini boleh mengakibatkan si isteri mengalami masalah kencing tanpa dirasai. Memang pelik!

9. Isteri tak boleh potong rambut

Apabila isteri hamil, suami dilarang untuk memotong rambut isterinya atau menyuruh isteri menggunting rambutnya. Ini dipercayai akan menjejaskan kesihatan bayi dalam kandungan seperti patah tulang atau tidak berkembang dengan baik.

10. Mengeluh dalam hati

Keadaan ini ipercayai boleh memberi pengaruh negatif terhadap bayi dalam kandungan.

11. Sembelih binatang

Tindakan ini difahamkan boleh menyebabkan bayi yang dilahirkan mengalami kecacatan fizikal.

12. Rendam baju terlalu lama

Aktiviti ini difahamkan akan mengakibatkan kaki isteri bengkak dan susah untuk berjalan.

13. Bunuh haiwan

Suami dinasihatkan agar tidak membunuh haiwan kerana boleh memberi kesan buruk kepada keadaan janin. Katanya, janin bayi dalam kandungan boleh mereput sebelum dilahirkan.

Walaupun semua pantang larang di atas tidak dapat disahkan kesahihannya tetapi tidak salah untuk sentiasa berjaga-jaga.

DARI SEGI ISLAM

Dari sudut agama Islam, suami dinasihatkan agar:

– Berikan rezeki yang halal.

Jangan tinggalkan solat.

– Jangan cakap perkara buruk.

– Jangan buat perkara syirik.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Suka Buat ‘Gigitan Cinta’ Di Badan Pasangan, Ustaz Azhar Idrus Kongsi Penjelasannya

Sumber: Orami ID

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×