Nur

Sebelum Terlambat, Ketahui 7 Aktiviti Hubungan Sek* Yang DILARANG Dalam Islam

52
SHARES
HUBUNGAN SEKSUAL

Hubungan seks antara suami isteri sememangnya perkara yang digalakkan kerana boleh meningkat rasa cinta dan sayang. Namun, perlu diingatkan agar tidak melakukan aktiviti hubungan seksual yang dilarang dalam Islam.

Ini kerana beberapa aktiviti tersebut boleh memudaratkan kesihatan dan tidak selaras dengan ajaran agama Islam. Sebelum terlambat, jom baca dulu.

Baca juga: Hukum Sentuh Kemaluan Guna Tangan Kanan, Ini Penjelasannya…

7 AKTIVITI HUBUNGAN SEKSUAL YANG DILARANG DALAM ISLAM

HUBUNGAN SEKSUAL

1. Curang & lakukan zina bersama orang lain

Perlu diingatkan bahawa sekiranya pasangan suami isteri ada menjalin hubungan sulit dan melakukan hubungan seks, itu telah termasuk ke dalam zina muhsan. Zina muhsan bermakna zina dilakukan oleh orang yang sudah berkahwin atau sudah mempunyai suami atau isteri.

2. Guna alat bantuan seks

Alat bantuan seks digunakan untuk meningkatkan nafsu syahwat. Dalam konteks hubungan suami isteri, perkara ini dilarang kerana kepuasan seksual mengikut syariat perlu dilakukan tanpa bantuan alat.

Tangan isteri dan suami dibenarkan untuk mencapai kepuasan seksual. Dalam Surah Al Ma’arij ayat 29-31 telah dijelaskan secara tersirat.

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela dalam perkara ini. Barangsiapa yang mencari di belakangnya, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

3. Seks anal

Seks anal atau bersenggama melalui dubur adalah dilarang sama sekali di dalam Islam. Dalam surat al-Baqarah ayat 223 telah dijelaskan bahwa suami dibolehkan melakukan hubungan seksual menurut syariat agama, tetapi tidak melalui dubur.

“Isteri-isteri kamu adalah ladang bagi kamu, maka datangilah ladang kamu pada bila-bila masa dan mengikut cara yang kamu sukai. Dan utamakan (kebaikan) untuk dirimu sendiri. Bertakwalah kepada Allah dan ketahuilah bahawa kamu akan (kelak) menemui-Nya. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang-orang yang beriman. “

4. Bersetubuh ketika isteri haid

Setiap bulan, wanita akan mengalami period. Jadi, para suami dinasihatkan agar tidak melakukan hubungan seks ketika ini kerana risiko dijangkiti penyakit kelamin sangat tinggi.

Dalam Islam juga dilarang melakukan hubungan seks ketika isteri sedang haid. Penjelasan ini juga telah diringkaskan dalam salah satu ayat iaitu QS. al-Baqarah: 222.

“Mereka bertanya kepadamu tentang haid. Katakanlah: “Haid itu kotoran”. Oleh itu hendaklah kamu menjauhkan diri daripada wanita semasa haid mereka; dan janganlah kamu mendekati mereka, sebelum mereka suci. Apabila mereka telah suci, maka campurilah mereka sebagaimana yang diperintahkan Allah kepadamu.”

Apabila isteri sedang haid, cuba lakukan aktiviti seksual yang lain tetapi pastikan aktiviti tersebut masih mengikut syariat yang selaras dengan ajaran Islam.

5. Onani

Kegiatan seksual ini dilarang dalam Islam dan dianggap haram kerana tidak sesuai dengan firman Allah SWT, seperti dalam Surah Al Ma’arij ayat 29-31.

“Dan orang-orang yang menjaga kemaluannya, kecuali isteri atau hamba sahayanya, maka sesungguhnya mereka tidaklah tercela dalam perkara ini. Barangsiapa yang mencari di belakangnya, maka mereka itulah orang-orang yang melampaui batas.”

6. Persetubuhan sambil berdiri

Pada asasnya, bersetubuh sambil berdiri adalah tidak haram. Namun hukumnya menjadi makruh kerana boleh membahayakan kesihatan pasangan dan diri sendiri.

Menurut Dr. Hussein Botchway, ahli fisioterapi, beliau menjelaskan bahawa melakukan hubungan seks sambil berdiri berpotensi menyebabkan hipertensi dan strok.

7. Bersetubuh tanpa bersihkan diri

Sebelum melakukan hubungan seks, ada baiknya sekiranya suami dan isteri membersihkan diri terlebih dahulu. Elakkan melakukan hubungan seks dalam keadaan kotor.

Jadi, bersenggama lah dengan pasangan dengan cara yang betul dan mengikut syariat Islam.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Hukum Suami Melihat Faraj Isteri Sebelum Bersama, Orang Berkahwin Wajib Tahu!

Sumber: Orami & Pop Mama

Kredit gambar: Supplied

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×