Nur

Hukum Suami Melihat Faraj Isteri Sebelum Bersama, Orang Berkahwin Wajib Tahu!

57
SHARES
hukum seks oral

“Hmm apa hukum seks oral ya?”

Hubungan seks dalam rumah tangga sangat penting untuk ‘menyemai’ kasih sayang dan cinta. Bagi menghangatkan lagi, ada yang memilih untuk melakukan seks oral sebelum bersenggama.

Sebagai umat Islam, setiap yang dilakukan perlulah berlandaskan hukum dan di bawah ini kami kongsikan penjelasan lanjut mengenai hukum seks oral.

Baca juga: Ramai Yang Dah Buat Tapi Sebenarnya Ini Hukum Telan Air Mani Suami

JANGAN MAIN BUAT JE, INI HUKUM SEKS ORAL DENGAN PASANGAN

hukum seks oral

Para ulama Syafieyyah menggariskan bahawa suami diharuskan untuk menikmati secara seksual setiap bahagian tubuh isterinya dengan dua pengecualian iaitu:

1. Makruh bagi suami untuk melihat faraj dan bahagian dalamnya.

Ini berdasarkan hadis daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda:

النَّظَرِ إلَى الْفَرْجِ يُورِثُ الطَّمْسُ أَيْ الْعَمَى

Maksudnya: “Melihat kepada faraj itu mewarisi kebutaan.”

Begitu juga hadis daripada Aisyah R.Anha bahawa dia berkata:

مَا رَأَيْتُ فَرْجَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَطُّ

Maksudnya: “Aku tidak pernah langsung melihat alat sulit Rasulullah SAW.”

2. Diharamkan bagi suami untuk menyetubuhi isterinya pada dubur [Rujuk al-Mu`tamad fi al-Fiqh al-Syafie]. Ini berdalilkan hadis Khuzaimah bin Tsabit RA bahawa Rasulullah SAW:

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah tidak malu daripada menyatakan kebenaran maka janganlah kalian mendatangi isteri pada dubur mereka.” (Riwayat al-Nasaie)

Sebelum memulakan aktiviti persetubuhan, disunatkan untuk bermain-main secara seksual antara suami dan isteri secara intim dan mesra, dengan syarat tidak membawa kepada kemudaratan.

Ini berdalilkan firman Allah Taala:

نِسَاؤُكُمْ حَرْثٌ لَّكُمْ فَأْتُوا حَرْثَكُمْ أَنَّىٰ شِئْتُمْ

Maksudnya: “Isteri-isteri kamu adalah sebagai kebun tanaman kamu, oleh itu datangilah kebun tanaman kamu menurut cara yang kamu sukai dan sediakanlah (amal-amal yang baik) untuk diri kamu;” (Surah al-Baqarah: 223)

Kesimpulannya, hukum melihat kemaluan pasangan dan melakukan seks oral adalah diharuskan dengan syarat tidak membawa kepada penyakit, dilakukan secara suka-sama-suka, dan dilakukan dengan penuh adab.

Sebarang teknik untuk menambahkan lagi kualiti hubungan seksual antara suami dan isteri amatlah wajar dilakukan, selagi mana tidak melibatkan perkara yang haram seperti liwat dan menelan najis.

Semoga bermanfaat!

Baca juga: Suka Travel Naik Flight, Ini Cara Solat Dalam Kapal Terbang

Sumber: Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan

MASAKAN TERBARU DARIPADA MYRESIPI

CERITA SENSASI DARIPADA BERITA HARIAN

To Top
SKIP THIS AD ×