Bila berbicara mengenai hubungan intim suami isteri, ramai beranggapan hanya suami sahaja yang mampu mencapai tahap klimaks dengan berejakulasi atau pancut.
Buat anda yang tidak tahu, wanita juga boleh mencapai tahap klimaks ketika melakukan seks bersama pasangan. Di bawah merupakan tanda wanita klimaks ketika bersama. Suami jangan biarkan isteri tak puas ya.
Baca juga: 10 Sebab Isteri Susah Capai Klimaks, Janganlah Cik Abang Marah-Marah!
Baca juga: AWAS! Suami Ada 6 TANDA Ini? Mungkin, Dia Tengah Syok Bercinta Dengan Perempuan Lain!
TANDA WANITA KLIMAKS KETIKA BERSAMA, SUAMI JANGAN ABAIKAN
Semasa melakukan hubungan seks bersama pasangan, ada 4 tahap yang anda bakal lalui untuk mencapai tahap klimaks iaitu:
1. TERANGSANG
Dalam fasa ini, wanita mula terangsang dan keinginan untuk melakukan seks bersama suami semakin meningkat. Darah mula mengalir ke seluruh badan menyebabkan faraj mengeluarkan cecair.
2. PLATEAU
Ketika fasa ini, faraj isteri mula mengembang kerana peraliran darah. Kelentit wanita menjadi sangat sensitif menyebabkan ia sakit untuk disentuh. Tekanan darah, degupan jantung dan pernafasan juga menjadi lebih laju.
3. ORGASMA
Orgasma adalah kemuncak tindak balas sewaktu melakukan hubungan intim bersama pasangan. Biasanya, ketika fasa ini faraj mula mengemut selama 10 hingga 15 saat dan otot mengalami kontraksi berirama.
4. RESOLUSI
Badan perlahan-lahan kembali ke tahap normal. Kedua-dua mula rasa penat selepas melakukan hubungan seksual. Sesetengah wanita mampu kembali normal selepas tahap resolusi namun, ada juga yang memerlukan tempoh masa.
Lelaki pula memerlukan masa pemulihan selepas orgasma dipanggil tempoh refraktori, di mana mereka tidak boleh mencapai tahap orgasma lagi.
Fasa klimaks kedua-dua jantina berbeza dan sekiranya anda mengalami masalah tidak mampu mencapai tahap orgasma, jangan dibiarkan kerana boleh mendatangkan bahaya kepada kesihatan diri. Pastikan anda jumpa pakar ya.
Sumber: WebMD, Everyday Health, & Mayo Clinic